Sunday, February 19, 2012

Nasihat untuk para teman.

assalamualaikum wrth wbh.

semoga para sahabat berada dalam keadaan sihat sejahtera. Marilah kita bersyukur kepada Allah atas segala nikmatnya yang tidak terhingga dan bersabar di atas setiap ujian yang melanda.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada kedua-dua adik kembar saya Ahmad Zhafri dan Ahmad Zhafran setelah selamat bergelar suami. Tahniah kepada zaujah kedua-duanya. Hidup ini akan terus berlalu mengikut edaran waktu yang Allah tulis dalam kitab kehidupan kita.

Kita telah mengharungi alam rahim, berada dalam perut ibu dan saat kini berada di dunia nyata. Beramal untuk menggapai redha Allah, sebelum kita beralih alam seterusnya.

Ternyata kehidupan ini penuh dengan ujian yang memerlukan kesabaran. Sabar itu pahit. Sabar itu manis. Sabarlah dalam setiap amalan. Setiap hari dapatlah petunjuk daripada Allah dengan berdoa. Hanya Allah yang dapat memberikan petunjuk dan hidayah.

Jangan malu untuk belajar dan memahami erti kehidupan. selagi ada rezeki yang Allah beri, selagi itulah kita akan hidup. Moga ruang hidup ini boleh memberi manfaat kepada hamba Allah yang lain.

Tahniah juga kepada Abe Ju yang selamat bertunang. Luruskanlah niat. Moga Allah berkati. Moga kita redha dengan Allah dan Allah redha dengan kita. Teruskan perjuangan!

Friday, December 30, 2011

Kahwin dengan nama Allah,

Assalamualaikum wrth wbh.

Semoga para sahabat sihat sejahtera tidak kira di mana jua berada. Saya kini berada di bumi Malaysia tercinta.Kenangan berada di bumi orang sering bertiup kencang dalam benak pemikiran. Moga pengalaman itu dapat mematangkan diri.

saya ucakan tahniah kepada sahabat dan sahabiah yang baru melangsungkan perkahwinan. Moga Allah memberikan kesejahteraan dan kekuatan dalam menghadapi kehidupan berkeluarga.

Tahniah kepada Us Muhammmad Al Hidayat dan isteri, Us Azmil Ashraf dan isteri,Dr Hadi dan isteri serta para sahabat dan sahabiah yang saya tidak sebut di sini. Selamat pengantin-pengantin baru.

Terima kasih kepada Us Mumtaz dan Kak Faezah sekeluarga, Us Zaidan dan keluarga, Us Faizuddin, Us Hanif, U Soleh, U Anas ,U Rosdi, Dr Syamsul mantan ahli rumah dan kawan-kawan semua. Moga beroleh pahala dan redha Allah. Tak tersebut. Ramai lagi kawan-kawan yang lain daripada perubatan. Atas bantuan dan tunjuk ajar kalian dalam mengharungi hidup di Mesir.

Wassalam.

Friday, November 4, 2011

Salam Idul Adha.

Assalamualaikum wrth wbh.

Salam Idul Adha saya ucapkan kepada para sahabat yang berada di perantauan mahupun berada di Malaysia. Semoga sihat dan dapat menjalani kehidupan ini dengan tabah dan kuat semangat.

Idul adha amat sinonim dengan pengorbanan dan kesabaran. Saya percaya dan yakin para sahabat juga pernah mengharungi detik getir dan pahit yang memerlukan pengorbanan dan kesabaran.

Sabar bermakna sahabat mendapat pahala dan redha Allah. Susah hendak sabar tapi itulah hakikat kejadian sifat manusia. Allah jadikan ia sebagai ubat untuk muhasabah diri dan mengingati hakikat kehidupan. Pasti Allah akan memberikan penjelasan di Hari Kebangkitan nanti. Manusia akan dihadap satu persatu. Dinilai ditimbang dihisab. Rahmat Allah S.W.T dan syafaat Nabi Muhammad S.A.W sentiasa didambakan.

Apapun terima kasih saya ucapkan kepada para sahabat yang berada di bumi Mesir yang bersabar dengan diri saya. Moga kesabaran kalian Allah berikan syurga. Hidup ini akan berjalan sehingga putaran nyawa terhenti.

Hari demi hari azam dan kata-kata semangat ditiup jauh ke dalam diri. Positif dalam kehidupan, memperbaiki amalan, akhlak, adab dan yang paling utama adalah menjadi orang yang faham.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

Wassalam.

Wednesday, March 2, 2011

Selamat Berjuang!

Assalamualaikum wrth wbh.

Selamat berjuang sahabat, bersemangatlah membela agama,
Letakkan Al Fahmu di hadapan,
Walau jauh,
Ku utus doa untuk kejayaan dan kebahagiaan,
Bukan sekadar di dunia, Tapi juga di akhirat.

Menanglah dengan kemuliaan,
Menjadi kebanggaan Rasul S.A.W,
Arwah Hang Tuah dan Parameswara pasti lega,
Menyambut pejuang yang mulia..

Merlimau dan Kerdau.

Assalamualaikum wrth wbh.

Kehangatan Pilihanraya kian terasa. Petugas parti samada dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional bertungkus lumus untuk mendapatkan 2 kerusi penting pada masa ini. Kerusi yang sinonim dengan kuasa dan pemerintahan.

Merlimau dan Kerdau. SEtiap parti yang bertanding membawa manifesto yang tersendiri. Adakah kita bebas dalam menentukan siapa yang akan menang? Sudah pasti secara hati sucinya proses perlu betul dalam memenangi pilihanraya.Tidak ada tangan ghaib. Kita sendiri tidak mahu ditipu.

Penduduk Merlimau dan Kerdau adalah bijak. Mereka tidak dipaksa untuk mengundi parti-parti yang bertanding. Tetapi mereka mengundi kerana Allah. Mereka mahukan kesejahteraan. Mereka bebas mengundi. Tiada ugutan dan ancaman. Kebajikan adalah hak mereka.Bukan boleh dipergunakan dan dibeli. Satu undi menentukan adakah mereka mendapat pahala atau dosa.

Di Mesir, pemerintah Mubarak mengamalkan demokrasi sehala. Pilihanraya diadakan tetapi apabila pembangkang turut serta pelbagai halangan dikenakan untuk menggagalkan mereka. Dan terakhir, pilihanraya sebelum Mubarak digulingkan.Disebabkan ada masalah pihak lawan ada yang menarik diri. Apakah gunanya lagi sebuah pilihanraya diadakan sekiranya sekadar untuk menganiayai rakyat. Keputusannya, pembangkang menarik diri dari pilihanraya. Nadanya berbunyi lebih kurang: Ambillah kuasa yang kamu inginkan. Jangan zalimi rakyat.Dan sememangnya rakyat jelata Mesir hidup dengan sederhana dengan gaji yang murah. Hasilnya rakyat turun membanjiri Dataran Tahrir.

Namun di negara kita Malaysia, pilihanraya masih boleh diterima sebagai proses demokrasi untuk memilih pemerintah. Cuma yang tinggal ketelusan dan usaha yang benar dan betul untuk menang. Anggaplah Allah sedang melihat kita. Tidak salah jika rakyat memilih mana-mana parti. Mereka tetap rakyat Malaysia dan layak untuk dibantu. Walau ianya berlawanan parti dengan pihak tuan.

Wassalam.

Meraikan Demokrasi.

Assalamualaikum wrth wbh.
Semoga sahabat sekalian sihat sejahtera. Tulisan kali ini berkaitan dengan pilihanraya yang berlaku di dalam negara kita. Proses pilihanraya adalah sangat unik. Unik kerana rakyat yang menentukan dan memilih kerajaan yang akan mentadbir sesuatu kawasan, negeri mahupun negara.
Dan semestinya akan lahir pelbagai parti politik yang memiliki gagasan dan manifesto yang tersendiri. Dan proses demokrasi seperti ini bersifat bebas dan terkawal. Dengan berlatar belakangkan nilai timur dan sikap berbudi pekerti mulia, sudah pasti proses demokrasi perlu berada pada landasannya yang benar.
Matlamat pilihanraya perlulah jelas di hati dan minda. Mengapa perlu ada pilihanraya dan mengapakah kita mengundi? Dan apakah kesan pilihan rakyat dan pengaruh rakyat terhadap undi yang mereka berikan kepada mana-mana parti yang bertanding?
Rakyat bebas memilih mana-mana parti yang mereka inginkan. Pilihan mereka bukan kerana terpaksa dan dipaksa atau dipengaruhi oleh elemen yang salah yang mencacatkan erti demokrasi sendiri. Mereka amat memerlukan kerajaan yang dapat memberikan keamanan dan kesejahteraan kepada masyarakat.
Tepuk dada dan tanyalah iman dalam hati. Apakah tindakan kita benar. Sebagai contoh kempen atau propaganda yang dilakukan untuk meraih sokongan atau undi. Janganlah sampai ianya merosakkan keharmonian yang ingin dicapai. Kita mengundi untuk memilih kerajaan dan tugas kerajaan adalah mentadbir negara dengan baik.
Rakyat yang tidak memilih satu-satu parti tidak boleh dianggap musuh dan dinafikan hak dalam negara. Parti yang menang perlu menjadi kerajaan yang benar dan adil kepada semua rakyat, tanpa mengira mereka undi parti itu atau tidak.
Demokrasi bukan sekadar slogan. Bukan juga sebagai mainan dijual beli sesuka rasa. Pilihanraya adalah tanggungjawab. Memang tugas mana-mana parti yang menang membentuk kerajaan dan mentadbir dengan baik. Hak rakyat melalui parti yang menang tidak boleh dinafikan. Melemahkan sebuah kerajaan atau parti yang menang yang berlainan idealogi dengan menyekat bantuan kewangan rakyat tidak termasuk di bawah tajuk demokrasi.
Wang sesebuah negara juga bukan menjadi milik parti yang menang dan menjadi hadiah buat ahli parti yang menyokong gagasan yang dibawa. Adillah dalam kehidupan dunia ini. Saya percaya penyokong dan pemimpin sesebuah parti walaupun berbeza fahaman mereka solat lima waktu sehari semalam, mengadap ke Kaabah, menyembah Allah. Bukan sikap merosakkan demokrasi by hook or by crook. Menanglah untuk mencipta kebahagiaan Hari Akhirat, bukan menang di dunia dan sengsara di Akhirat. Sekurang-kurangnya menanglah dengan cara terhormat. Pulihkan demokrasi dan keharmonian masyarakat jika benar ingin bersatu.

Tuesday, February 1, 2011

KEMBALIKAN KEAMANAN

Assalamualaikum wrth wbh. Semoga para sahabat sihat selalu.

Marilah sama-sama berdoa agar para sahabat kita di bumi Mesir selamat, mendapat bekalan makanan yang cukup dan tenang.

Keamanan Mesir perlu dikembalikan.Undurlah Tuan Hosni seandai itulah yang terbaik. Bukan rakyat anda saja yang menderita. Kawan-kawan kami juga dalam cemas. Rakyat sudah lama bersabar dengan anda. Dasar revolusi anda dan undang-undang kecemasan yang anda pertahankan tidak akan ke mana.

Pemimpin semasa pimpinan Tuan El Baradaie harus menyusun rakyat supaya tunjuk perasaan ini tidak menganiayai orang yang tidak bersalah. Kebenaran wajib mengatasi dan mengawal kejahatan.

Pihak Kerajaan Malaysia harus membuat suatu perancangan bagi memindahkan para mahasiswa mahupun warga Malaysia di Mesir sekiranya keadaan tidak dapat dikawal. Mahasiswa kita bukan hanya tertumpu di ARMA atau nama baru Dewan Malaysia Abbasiah dan Hayyu Asyir. Ada lagi di Hayyu Sabiek, Rab ah dan Thamin.

Terdapat juga mahasiswa di Zagazig, Mansurah, Tanta, Iskandariah, Tanta dan Damietta.