tag:blogger.com,1999:blog-33480796309063333762024-03-13T19:14:51.716-07:00diarihatiAgama itu adalah nasihatnaqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.comBlogger61125tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-20073673199661585482013-05-28T07:32:00.000-07:002013-05-28T07:32:46.086-07:00Sabar itu indah.Assalamualaikum wrth wbh.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T yang telah memberikan kita pelbagai nikmat di dunia ini. Tapi jangan lupa nikmat yang ada itu hanyalah sementara. Kita bakal ditanya tentang apa yang kita lakukan, kebaikan mahupun keburukan.
Semoga sahabat semua sihat sejahtera. Kita mulakan setiap amalan dengan niat yang soleh.
Insya Allah moga berjaya mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini.naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-38838071842714756832013-05-17T07:11:00.003-07:002013-05-17T07:13:44.266-07:00RedhaAssalamualaikum wrth wbh.
Moga para sahabat sihat sejahtera.Doakan selalu agar Allah Subhanahu Wa Taala meredhai setiap amalan yang kita lakukan.
Wassalam. naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-51637832924881906092013-03-01T05:48:00.000-08:002013-03-01T05:48:40.867-08:00Akhir ZamanAssalamualaikum wrth wbh
semoga para sahabat sihat.
saya masih tercari-cari sepotong hadis berkaitan dengan zaman kehidupan di dunia ini. saya pernah memiliki buku berkaitan, tetapi ianya tidak dijumpai.
Namun begitu antara isi kandungan hadis ialah kita memiliki beberapa zaman. Zaman pertama ketika Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam ada. Kemudian zaman para sahabat, zaman khalifah ar Rasyidin. Seterusnya zaman raja-raja. Kita perhatikan bilakah kuasa mutlak Raja-raja diambil. Lihat saja contoh di Turki. Khilafah telah runtuh pada 1924 dan digantikan dengan pemerintahan berparlimen.
Seterusnya zaman diktator berlangsung sehingga suatu masa yang Allah takdirkan dan kembali kepada zaman KeNabian seumpama berada di zaman Rasul sebelum Qiamat berlaku.
Setiap manusia adalah berdosa. Dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah Subhanahu Wa Taala.naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-57931523102388887142013-02-23T08:02:00.002-08:002013-02-23T08:02:37.651-08:00Teguran untuk diriAssalamualaikum warahmatullah.
Sehari dua ini, keadaan cuaca agak tidak menentu, terkadang cahaya begitu terik memancar dan terkadang redup diiringi dengan hujan. Namun begitu semuanya sudah tersurat dalam catatan ciptaan Allah.
Teguran untuk diri. Jagalah mulut. Jika kerna pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.Kata-kata yang baik akan membawa kebahagiaan. Manakala kata-kata yang buruk akan mengguris perasaan. tiap kata yang terbit dari mulut boleh jadi dikira doa. Jadi keluarkanlah kata-kata yang bermanfaat dari mulut.
Sentiasalah bermuhasabah, bertafakur. Adakah mulut yang allah pinjamkan ini telah digunakan semaksimanya untuk mencapai redha Allah atau sekadar mencari asbab untut diseksa di hari pembalasan. Ramai yang sudah sengsara akibat mulut yang berbicara. namun tak kurang juga mencapai bahagia jasa mulut yang berguna.
Cadangan: 1. Perbanyakkan kebajikan dengan mulut dan jauhilah mulut dari mengumpat, fitnah, adu domba, dan sebagainya.
wassalam.naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-26885891294305298302013-02-22T07:59:00.003-08:002013-02-22T07:59:39.483-08:00AssalamualaikumAssalamualaikum warahmatullah
Semoga para sahabat sihat di samping keluarga tercinta.
Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas nikmat yang diberikan.
Sudah sekian lama saya tidak menulis di laman ini, walaupun banyak isu yang berlaku di sekeliling kita semua.
Perbanyakkanlah berdoa kepada Allah Subhanahu wa Taala yang begitu hampir dengan kita dan berselawatlah sentiasa kepada nabi dan Rasul tercinta, Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam, contoh akhlak yang mulia.
Pesan kepada diri, perbaiki akhlak, amalan dan sikap. Doa kepada Allah agar diberi petunjuk, hidayah dalam kehidupan, membawa diri dan keluarga ke jalan yang diredhai.
Diam bukan bermakna membisu, tetapi biarlah hati dan akal berbicara, bertafakur, merenung hakikat diri dan kembali kepada Allah.
Jika kita hebat, siapalah kita. Begitu juga jika kita lemah siapalah kita. Kita hanyalah hamba yang lemah, yang hakikatnya tidak memiliki bahkan dimiliki oleh Allah.
wassalam
naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-88899334849703284092012-08-13T02:55:00.002-07:002012-08-13T02:56:58.209-07:00Islam kan kembali menyinar. Bangkitlah saudara! Assalamualaikum. Selamat beribadah di bulan Ramadhan. Tinggal beberapa hari lagi kita berada di dalam bulan yang mulia ini. Adakah kita berpeluang untuk bersamanya tahun depan.
Dalam beribadah, jangan lupa nasib saudara kita yang berada di Myanmar, Selatan Thailand dan negara-negara lain yang hidup melarat. Ada yang tertindas di bumi sendiri, terancam nyawa.
Jangan lupa juga nasib saudara kita yang berada berhampiran mahupun sekeliling kita yang dhaif dan memerlukan. Bantulah seadanya mengikut kemampuan. Insya Allah moga mereka juga terbela.
Berdoalah kepada Allah moga kita tetap dalam perjuangan membela agamanya. Amin.
naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-43769735247771074792012-02-19T19:54:00.000-08:002012-02-19T20:34:55.942-08:00Nasihat untuk para teman.assalamualaikum wrth wbh.

semoga para sahabat berada dalam keadaan sihat sejahtera. Marilah kita bersyukur kepada Allah atas segala nikmatnya yang tidak terhingga dan bersabar di atas setiap ujian yang melanda.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada kedua-dua adik kembar saya Ahmad Zhafri dan Ahmad Zhafran setelah selamat bergelar suami. Tahniah kepada zaujah kedua-duanya. Hidup ini akan terus berlalu mengikut edaran waktu yang Allah tulis dalam kitab kehidupan kita.

Kita telah mengharungi alam rahim, berada dalam perut ibu dan saat kini berada di dunia nyata. Beramal untuk menggapai redha Allah, sebelum kita beralih alam seterusnya.

Ternyata kehidupan ini penuh dengan ujian yang memerlukan kesabaran. Sabar itu pahit. Sabar itu manis. Sabarlah dalam setiap amalan. Setiap hari dapatlah petunjuk daripada Allah dengan berdoa. Hanya Allah yang dapat memberikan petunjuk dan hidayah.

Jangan malu untuk belajar dan memahami erti kehidupan. selagi ada rezeki yang Allah beri, selagi itulah kita akan hidup. Moga ruang hidup ini boleh memberi manfaat kepada hamba Allah yang lain.

Tahniah juga kepada Abe Ju yang selamat bertunang. Luruskanlah niat. Moga Allah berkati. Moga kita redha dengan Allah dan Allah redha dengan kita. Teruskan perjuangan!naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-30625890489961603872011-12-30T02:57:00.000-08:002011-12-30T03:18:30.436-08:00Kahwin dengan nama Allah,Assalamualaikum wrth wbh.

Semoga para sahabat sihat sejahtera tidak kira di mana jua berada. Saya kini berada di bumi Malaysia tercinta.Kenangan berada di bumi orang sering bertiup kencang dalam benak pemikiran. Moga pengalaman itu dapat mematangkan diri.

saya ucakan tahniah kepada sahabat dan sahabiah yang baru melangsungkan perkahwinan. Moga Allah memberikan kesejahteraan dan kekuatan dalam menghadapi kehidupan berkeluarga.

Tahniah kepada Us Muhammmad Al Hidayat dan isteri, Us Azmil Ashraf dan isteri,Dr Hadi dan isteri serta para sahabat dan sahabiah yang saya tidak sebut di sini. Selamat pengantin-pengantin baru.

Terima kasih kepada Us Mumtaz dan Kak Faezah sekeluarga, Us Zaidan dan keluarga, Us Faizuddin, Us Hanif, U Soleh, U Anas ,U Rosdi, Dr Syamsul mantan ahli rumah dan kawan-kawan semua. Moga beroleh pahala dan redha Allah. Tak tersebut. Ramai lagi kawan-kawan yang lain daripada perubatan. Atas bantuan dan tunjuk ajar kalian dalam mengharungi hidup di Mesir.

Wassalam.naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-33153619103744621612011-11-04T06:24:00.000-07:002011-11-04T06:46:25.776-07:00Salam Idul Adha.Assalamualaikum wrth wbh.

Salam Idul Adha saya ucapkan kepada para sahabat yang berada di perantauan mahupun berada di Malaysia. Semoga sihat dan dapat menjalani kehidupan ini dengan tabah dan kuat semangat.

Idul adha amat sinonim dengan pengorbanan dan kesabaran. Saya percaya dan yakin para sahabat juga pernah mengharungi detik getir dan pahit yang memerlukan pengorbanan dan kesabaran.

Sabar bermakna sahabat mendapat pahala dan redha Allah. Susah hendak sabar tapi itulah hakikat kejadian sifat manusia. Allah jadikan ia sebagai ubat untuk muhasabah diri dan mengingati hakikat kehidupan. Pasti Allah akan memberikan penjelasan di Hari Kebangkitan nanti. Manusia akan dihadap satu persatu. Dinilai ditimbang dihisab. Rahmat Allah S.W.T dan syafaat Nabi Muhammad S.A.W sentiasa didambakan.

Apapun terima kasih saya ucapkan kepada para sahabat yang berada di bumi Mesir yang bersabar dengan diri saya. Moga kesabaran kalian Allah berikan syurga. Hidup ini akan berjalan sehingga putaran nyawa terhenti.

Hari demi hari azam dan kata-kata semangat ditiup jauh ke dalam diri. Positif dalam kehidupan, memperbaiki amalan, akhlak, adab dan yang paling utama adalah menjadi orang yang faham.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

Wassalam.naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-54873907291623505352011-03-02T06:06:00.000-08:002011-03-02T06:09:34.495-08:00Selamat Berjuang!Assalamualaikum wrth wbh.

Selamat berjuang sahabat, bersemangatlah membela agama,
Letakkan Al Fahmu di hadapan,
Walau jauh,
Ku utus doa untuk kejayaan dan kebahagiaan,
Bukan sekadar di dunia, Tapi juga di akhirat.

Menanglah dengan kemuliaan,
Menjadi kebanggaan Rasul S.A.W,
Arwah Hang Tuah dan Parameswara pasti lega,
Menyambut pejuang yang mulia..naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-36648742164587118902011-03-02T05:40:00.000-08:002011-03-02T06:03:14.495-08:00Merlimau dan Kerdau.Assalamualaikum wrth wbh.

Kehangatan Pilihanraya kian terasa. Petugas parti samada dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional bertungkus lumus untuk mendapatkan 2 kerusi penting pada masa ini. Kerusi yang sinonim dengan kuasa dan pemerintahan.

Merlimau dan Kerdau. SEtiap parti yang bertanding membawa manifesto yang tersendiri. Adakah kita bebas dalam menentukan siapa yang akan menang? Sudah pasti secara hati sucinya proses perlu betul dalam memenangi pilihanraya.Tidak ada tangan ghaib. Kita sendiri tidak mahu ditipu.

Penduduk Merlimau dan Kerdau adalah bijak. Mereka tidak dipaksa untuk mengundi parti-parti yang bertanding. Tetapi mereka mengundi kerana Allah. Mereka mahukan kesejahteraan. Mereka bebas mengundi. Tiada ugutan dan ancaman. Kebajikan adalah hak mereka.Bukan boleh dipergunakan dan dibeli. Satu undi menentukan adakah mereka mendapat pahala atau dosa.

Di Mesir, pemerintah Mubarak mengamalkan demokrasi sehala. Pilihanraya diadakan tetapi apabila pembangkang turut serta pelbagai halangan dikenakan untuk menggagalkan mereka. Dan terakhir, pilihanraya sebelum Mubarak digulingkan.Disebabkan ada masalah pihak lawan ada yang menarik diri. Apakah gunanya lagi sebuah pilihanraya diadakan sekiranya sekadar untuk menganiayai rakyat. Keputusannya, pembangkang menarik diri dari pilihanraya. Nadanya berbunyi lebih kurang: Ambillah kuasa yang kamu inginkan. Jangan zalimi rakyat.Dan sememangnya rakyat jelata Mesir hidup dengan sederhana dengan gaji yang murah. Hasilnya rakyat turun membanjiri Dataran Tahrir.

Namun di negara kita Malaysia, pilihanraya masih boleh diterima sebagai proses demokrasi untuk memilih pemerintah. Cuma yang tinggal ketelusan dan usaha yang benar dan betul untuk menang. Anggaplah Allah sedang melihat kita. Tidak salah jika rakyat memilih mana-mana parti. Mereka tetap rakyat Malaysia dan layak untuk dibantu. Walau ianya berlawanan parti dengan pihak tuan.

Wassalam.naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-63025865498685021422011-03-02T05:37:00.000-08:002011-03-02T05:39:26.757-08:00Meraikan Demokrasi.Assalamualaikum wrth wbh.
Semoga sahabat sekalian sihat sejahtera. Tulisan kali ini berkaitan dengan pilihanraya yang berlaku di dalam negara kita. Proses pilihanraya adalah sangat unik. Unik kerana rakyat yang menentukan dan memilih kerajaan yang akan mentadbir sesuatu kawasan, negeri mahupun negara.
Dan semestinya akan lahir pelbagai parti politik yang memiliki gagasan dan manifesto yang tersendiri. Dan proses demokrasi seperti ini bersifat bebas dan terkawal. Dengan berlatar belakangkan nilai timur dan sikap berbudi pekerti mulia, sudah pasti proses demokrasi perlu berada pada landasannya yang benar.
Matlamat pilihanraya perlulah jelas di hati dan minda. Mengapa perlu ada pilihanraya dan mengapakah kita mengundi? Dan apakah kesan pilihan rakyat dan pengaruh rakyat terhadap undi yang mereka berikan kepada mana-mana parti yang bertanding?
Rakyat bebas memilih mana-mana parti yang mereka inginkan. Pilihan mereka bukan kerana terpaksa dan dipaksa atau dipengaruhi oleh elemen yang salah yang mencacatkan erti demokrasi sendiri. Mereka amat memerlukan kerajaan yang dapat memberikan keamanan dan kesejahteraan kepada masyarakat.
Tepuk dada dan tanyalah iman dalam hati. Apakah tindakan kita benar. Sebagai contoh kempen atau propaganda yang dilakukan untuk meraih sokongan atau undi. Janganlah sampai ianya merosakkan keharmonian yang ingin dicapai. Kita mengundi untuk memilih kerajaan dan tugas kerajaan adalah mentadbir negara dengan baik.
Rakyat yang tidak memilih satu-satu parti tidak boleh dianggap musuh dan dinafikan hak dalam negara. Parti yang menang perlu menjadi kerajaan yang benar dan adil kepada semua rakyat, tanpa mengira mereka undi parti itu atau tidak.
Demokrasi bukan sekadar slogan. Bukan juga sebagai mainan dijual beli sesuka rasa. Pilihanraya adalah tanggungjawab. Memang tugas mana-mana parti yang menang membentuk kerajaan dan mentadbir dengan baik. Hak rakyat melalui parti yang menang tidak boleh dinafikan. Melemahkan sebuah kerajaan atau parti yang menang yang berlainan idealogi dengan menyekat bantuan kewangan rakyat tidak termasuk di bawah tajuk demokrasi.
Wang sesebuah negara juga bukan menjadi milik parti yang menang dan menjadi hadiah buat ahli parti yang menyokong gagasan yang dibawa. Adillah dalam kehidupan dunia ini. Saya percaya penyokong dan pemimpin sesebuah parti walaupun berbeza fahaman mereka solat lima waktu sehari semalam, mengadap ke Kaabah, menyembah Allah. Bukan sikap merosakkan demokrasi by hook or by crook. Menanglah untuk mencipta kebahagiaan Hari Akhirat, bukan menang di dunia dan sengsara di Akhirat. Sekurang-kurangnya menanglah dengan cara terhormat. Pulihkan demokrasi dan keharmonian masyarakat jika benar ingin bersatu.naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-86664928895180924152011-02-01T20:03:00.000-08:002011-02-01T20:17:43.934-08:00KEMBALIKAN KEAMANANAssalamualaikum wrth wbh. Semoga para sahabat sihat selalu.

Marilah sama-sama berdoa agar para sahabat kita di bumi Mesir selamat, mendapat bekalan makanan yang cukup dan tenang.

Keamanan Mesir perlu dikembalikan.Undurlah Tuan Hosni seandai itulah yang terbaik. Bukan rakyat anda saja yang menderita. Kawan-kawan kami juga dalam cemas. Rakyat sudah lama bersabar dengan anda. Dasar revolusi anda dan undang-undang kecemasan yang anda pertahankan tidak akan ke mana.

Pemimpin semasa pimpinan Tuan El Baradaie harus menyusun rakyat supaya tunjuk perasaan ini tidak menganiayai orang yang tidak bersalah. Kebenaran wajib mengatasi dan mengawal kejahatan.

Pihak Kerajaan Malaysia harus membuat suatu perancangan bagi memindahkan para mahasiswa mahupun warga Malaysia di Mesir sekiranya keadaan tidak dapat dikawal. Mahasiswa kita bukan hanya tertumpu di ARMA atau nama baru Dewan Malaysia Abbasiah dan Hayyu Asyir. Ada lagi di Hayyu Sabiek, Rab ah dan Thamin.

Terdapat juga mahasiswa di Zagazig, Mansurah, Tanta, Iskandariah, Tanta dan Damietta.naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-76441986579645280752010-12-08T06:00:00.000-08:002010-12-08T06:20:26.586-08:00Salam Hijrah.Assalamualaikum wrth wbh.

Semoga para sahabat sihat dan ceria selalu. Suhu sejuk kian terasa. Ada kawan-kawan khususnya di Zagazig demam selsema. Moga diberi kesembuhan oleh Allah.

Umat Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan Hijrah. Dan Hijrah mengingatkan kita kepada Rasulullah S.A.W. Rasul tercinta. Dua benda paling berharga menjadi harta pusaka umat Islam iaitu Al Quran dan Hadith yang menjadi panduan dan pedoman hidup dalam dunia ini.

Umat Islam tidak seharusnya lupa dan lalai dalam mengingatkan sejarah diri. Islam bukan khusus untuk orang Arab bahkan seluruh bangsa Melayu, Cina, India hatta Amerika.
Yang menyamakan kita adalah agama.

Kembalilah kepada hidup beragama. Islam adalah agama Allah. Kemuliaan manusia adalah kerananya. Cuma dakwah di Malaysia harus digerakkan. Lihatlah bangsa Cina di China dan bangsa India di negara India sendiri. Ribuan umat tunduk dan patuh kepada Allah. Mengaku bahawa Allah adalah Esa. Dan muhasabahlah bangsa Melayu sendiri. Kuatkanlah keimanan dan rendahkan hati menuju Ilahi.

Lihatlah sejarah pejuang lampau yang ingin mempertahankan Islam. Mereka diburu, dibunuh kejam kerana menegakkan kebenaran. Tetapi mereka dikenang sebagai pemberontak. Ingatkah kita pada Almarhum Tuk Janggut di Kelantan dan pejuang lain sepanjang zaman di negara kita? Atau sejarah telah diseleweng jauh oleh agen-agen musuh?

Insya Allah kita semua beriman pada suatu masa nanti Islam akan gemilang dan kebatilan akan dihancurkan secara paksa atau rela!

Sahabat yang masih menuntut di kejauhan ini, jadilah individu yang faham. Jangan mudah diperalatkan oleh anasir yang ingin lihat kita berpecah dan jauh hati. Kehancuran bagi mereka yang inginkan kehancuran dan fitnah.

Moga Allah menunjukkan kita ke jalan kebenaran.
Wassalam.naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-38767884979191515142010-11-30T23:43:00.000-08:002010-11-30T23:59:14.024-08:00Jom sayang diri dan kawan-kawan.Assalamualaikum wrth wbh.

Kepada siapa lagi hendak mengadu. Doa sentiasa dipanjatkan kepada Allah agar diberi bantuan dan hidayah-Nya agar diri dan kawan-kawan sentiasa berada atas jalan-Nya.
Mungkin kita tidak mahu peduli apa-apa perkara pun yang berlaku di sekitar kita. Masalah diri saja yang dipentingkan. Masalah orang lain atau kata ringkasnya masalah umum tidak mahu kita peduli.Sedangkan kita inginkan umat Islam bersatu.

Apabila musuh agama membantai umat seakidah di negara lain, kita cepat bersuara. Tetapi apabila kita diseru untuk bersatu hati dan mencipta kebahagiaan di atas muka bumi yang sementara ini, kita tidak mahu. Orang yang memahami hanya memandang sedih sikap kita. Cakap banyak pun tidak bermanfaat kalau tidak diamalkan.

Kita mudah terpengaruh dengan umpatan, hasutan, mudah terikut dengan orang itu, orang ini tanpa menyelidiki adakah kita memilih jalan benar atau salah. Kita hanya menzahirkan kekesalan apabila menyedari hakikat sebenar suatu berita.Sikap taksub yang tidak terpimpin hanya akan merugikan kita di dunia atau di akhirat.

Ketika diminta bersatu kita tidak mahu.
Fitnah, umpatan sudah biasa. Tak malu ke kepada sahabat setia di kiri kanan?
Mesir serupa ke macam Malaysia? Hanya yang memahami akan mengerti.
Jom berfikir dan mencipta bahagia dalam diri dan orang lain.naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-46215131977662183712010-11-27T03:26:00.000-08:002010-11-30T23:41:24.700-08:00Berfikiran jauh.Assalamualaikum wrth wbh.

Semoga para sahabat sekelian sihat sejahtera di samping orang tersayang.

Alhamdulillah marilah sama-sama kita renungi dan syukuri nikmat pemberian yang begitu berharga dalam hidup ini iaitu akal. Akal yang sejahtera memandu diri ke jalan ketaatan dan ketenangan.Kalau fikiran kita berserabut, kerja buat kita sedikit sebanyak akan terganggu.

Saja saya ingin menulis. Perbezaan akal antara orang lelaki dan wanita. Tetapi pada hakikatnya semuanya itu adalah pemberian daripada Allah yang sudah pasti memiliki seribu satu hikmah.

Ada orang kata wanita berfikiran pendek dan lelaki berfikiran jauh dan nafsu lelaki ada 1 dan wanita memiliki nisbah 9. Tanpa bimbingan dan keseimbangan antara keduanya akan menyebabkan kecelaruan dalam kehidupan dan pengurusan diri.

Dengan ciri yang ada pada diri dua gender ini, diri dipandu dengan benar untuk beramal dengan kebenaran. Dan jangan biarkan diri dimanipulasi oleh unsur negatif, yang sentiasa ingin menjauhkan diri dari kebenaran.

Dalam memandu diri, dan memastikan diri sentiasa tetap atas jalan Allah, sebarang nasihat, panduan dan bimbingan amatlah diharapkan.

Saya ulangi, jangan biarkan diri kita terikut-ikut dengan nafsu diri. Jangan biarkan diri mudah terbuai dengan kata-kata manis yang pada hakikatnya membawa kita jauh dari kerendahan hati.

Sebagai contoh, bercouple. Ada yang berhujah, saya bercouple ini kerana di zaman ini golongan lelaki semakin berkurang dan ramai yang terjebak dengan perkara negatif. Jadi tindakan pendeknya kita perlu cari pasangan, tanda awal. keluar dan sebagainya. Pada hakikatnya kita telah mencipta dan membentuk golongan lelaki yang bakal dimasukkan ke dalam golongan yang kita definasikan sebagai negatif.

Ubatnya adalah kahwin. Mengapa kita mudah melenting sekiranya ada pihak yang menasihati dan mempersoalkan kenapa kita bercouple, keluar berdua-dua di waktu siang atau malam, berjalan di negara Mesir ini. Kita dengan mudah mempersoalkan hikmah, dakwah yang tak kena dan sebagainya. Kita mudah beralasan dan bijak mencipta alasan.

Fikirlah sendiri untuk kebahagiaan generasi masa depan. Kembalilah ke jalan yang dirintiskan oleh para Rasul A.S.

Wanita, peliharalah kelembutanmu.
Lelaki peliharalah ketegasanmu.
Satukan keduanya atas jalan yang dibenarkan oleh Allah.
Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang.naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-13741668351653075132010-11-12T04:05:00.000-08:002010-11-12T04:13:32.788-08:00Salam Kasih sayang.Assalamualaikum wrth wbh.

Semoga para sahabat sihat dan ceria selalu. Hawa sejuk kian meliputi bumi Zagazig terutama awal pagi dan tika malam. Mengikut sunnah alam musim berganti.

Alhamdulillah marilah sama-sama kita berselawat kepada Nabi S.A.W atas jasa Baginda S.A.W Islam tersebar dan manusia patuh dan sujud kepada Allah Azza Wa Jalla.

Alhamdulillah nikmat persaudaraan yang Allah berikan kepada kita, ambillah kesempatan ini. Baikilah hubungan moga kita beroleh rahmat dan kasih sayang Allah.

Kita adalah sama saja. Yang membezakan adalah ketakwaan kepada Allah. Baik buruknya hubungan kita dengan Allah. Marilah sama-sama kita berdoa agar hidup ini dilimpahi nur dan hidayah Allah. Moga beroleh saadah dan kebahagiaan yang tiada tara di Hari akhirat nanti.

Selamat Menyambut Aidil Adha. Maaf atas segala salah dan silap.naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-8661467502999441992010-10-23T00:09:00.000-07:002010-11-12T04:25:25.668-08:00Kita Saudara.Assalamualaikum wrth wbh.

Semoga saudara saudari berada dalam keadaan sihat sentiasa. Pertemuan dalam alam maya ini moganya mendapat manfaat jika ada.

Mahasiswa perlu menulis untuk menyatakan pendapat mereka. Timbanglah dengan benar. Roh muda biasalah sekiranya agak panas dan mudah melatah. Namun jika kita lebih memahami jiwa muda, marilah sama-sama kita berkongsi ilmu. Carilah noktah persamaan dan bukannya titik perbezaan.

Saya lebih suka menyentuh isu yang berada di sekitar bumi Zagazig, bumi yang saya sayangi, yang memberikan ruang untuk saya berteduh hampir 4 tahun. Zagazig sungguh indah. Namun bukanlah bermakna ianya sempurna sama sekali dan tiada cacat cela.

Maaf jika tulisan ini membuka sedikit ruang mahupun jurang antara kita. Saya suka berbicara melalui hati. Kerana manusia yang ada hati dia akan menilainya dengan kesedaran. Orang Mesir yang keras pun bisa terkesan apabila kita benar-benar berbicara melalui getusan hati.Saya harapkan ada satu penyelesaian dan kita akan hidup dalam kebahagian. Bukan saja di dunia bahkan dapat duduk bersama Rsaulullah S.A.W di syurga kelak.

Saya hanya tulis point di bawah. Dan sedikit huraian jika ada.
1. Saya tidak ada bukti kukuh tapi saya tidak inginkan pembaca percayanya. Cuma dengarlah saja. Satu tuduhan oleh pihak tertentu mengatakan di Mesir mahasiswa baru akan disambut oleh Firaun, mahasiswa belajar sampai bernikah kahwin dan suka buat bisnes.Saya cukup terasa dengan pernyataan tadi.
Apabila memandang mereka-mereka yang telah dibrainwash oleh pihak tertentu tersebut.

Jawapan saya kepada mereka:
Maaf kami bukan Firaun. Kalau Firaunpun biarlah yang beriman. Begitu banyak dari kaum Firaun yang beriman sampai kini. Ramai ahlil bait Nabi S.A.W berhijrah ke sini.

Mahasiswa yang bernikah kahwin biarlah mereka nak kahwin. Ini merupakan satu perkara murni.Perkara ini dibolehkan agama. Adakah kita berbangga hidup tak terurus bercampur gaul antara dua gender. Di Mesir banyak kes-kes mahasiswa kita sendiri. Tanyalah mereka yang lebih faham keadaan di sini. Mesir bukan Malaysia.

Mahasiswa ada yang berniaga kecil-kecilan. Ada juga yang buka restoren. Yang buka restoren adalah daripada sahabat Indonesia kita. Salahkah mereka berniaga? Mahasiswa kita sudah terbiasa makan di kedai mereka.

2. Soal persatuan pula. Saya tidak memahami mengapa individu mahupun pihak tertentu begitu keras dengan persatuan. Saya tidak memahami sikap mereka. Apa yang mereka inginkan? Natijah dari sikap ini, kita boleh lihat dari sikap mahasiswa kepada persatuan. Kemesraan kurang. Mungkin saya sebenarnya yang kurang mesra dan tidak menziarahi mereka. Atau segala keperluan sudah tercapai.

Ada perkara yang boleh kita fikirkan bersama:

Contoh kes: Ada di kalangan mahasiswa yang membayar le 10 000 kepada tuan rumah warga Mesir untuk menyiapkan rumah yang mereka ingin duduki.

Saya tidak ingin menyalahkan mahasiswa tersebut seratus peratus lantaran mereka baru. Di manakah pengurus mereka dalam hal ini.

Dalam persatuan, kita membincangkan banyak perkara yang berkaitan keselamatan dan kebaikan bersama. Tindakan bersendirian akan membahayakan diri dan orang lain.

..naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-51964512533681978982010-10-04T22:40:00.000-07:002010-11-12T04:25:56.975-08:00Hidup Hanyalah Sementara.Assalamualaikum wrth wbh.

Saya mohon maaf andai tulisan di dalam blog ini ada mengguris hati pembaca. Menyedari ianya sekadar tulisan. Ambillah jika ianya bermanfaat dan boleh membuka pemikiran. Menyedari bahawa hidup tidak lama dan kehidupan yang abadi adalah di Akhirat. Marilah kita bermuhasabah dalam kehidupan dunia ini.

Bermula pada tahun ini, mahasiswa pengajian Islam sudah tidak lagi dihantar ke cawangan seperti Zagazig dan lain-lain tempat. Kini bertumpu di Kaherah. Semoga usaha menuntut ilmu ini membawa keberkatan.

Tidak lupa juga kepada mahasiswa perubatan. Moga diberi bantuan dalam menghadapi mehnah dan tribulasi dalam menuntut ilmu.

.naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-54235765923319805182010-09-27T02:14:00.000-07:002010-10-04T22:39:15.674-07:00Berkatalah benar sekalipun pahit !!!!Assalamualaikum wrth wbh.

Ramadhan telah berlalu. Namun segala pengajaran dan latihan di dalamnya tidak dibiarkan begitu saja. Alhamdulillah sahabat baru daripada kuliah perubatan mahupun farmasi telah tiba di bumi Zagazig. Selamat datang dan selamat menempuh kehidupan baru di sini. Kalian perlu belajar perkara asas untuk kehidupan harian dan urusan kuliah nanti.

Perbezaan kuliah mahupun usia tidak menghalang kita untuk menjalinkan persaudaraan. kami dan sahabat di sini berganding bahu membantu urusan saudara.Maaflah jika ada kekurangan. Matlamatnya jelas supaya saudara dapat mempelajari asas kehidupan di sini dan saudara seterusnya dapat berdikari. Ibu bapa di Malaysia akan rasa lega.

Berkatalah benar sekalipun pahit. Maksudnya individu yang berurusan dengan pelajar secara langsung dari Malaysia lagi perlu jujur dan berani untuk berkata benar.Jadilah individu muslim yang benar-benar beriman dan beramal dengan syahadah: Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah Dan Nabi Muhammad S.A.W adalah Pesuruh Allah. Alangkah manis kalau benar-benar kita beriman.

Beriman maknanya meyakini Allah ada. Memerhati kita. Malaikat di kiri kanan mencatat amalan. Berkatalah benar. Tidak rugi untuk berkata benar! Jika anda memesan pelajar demikian-demikian disebabkan takut fikrah komuniti anda terjejas, itu sedikit dapat diterima. Tapi! Kalau fitnah kerana takut periuk nasi anda lingkup, fikirkanlah!

Jangan jadikan mahasiswa baru sebagai barang gadaian . Pihak tertentu tidak berpuas hati dengan pihak persatuan atas penetapan harga rumah dan cara kehidupan terkawal di sini dan membuat tindakan sendiri tanpa melibatkan persatuan. Mahasiswa baru telah diberi peringatan yang tidak tepat terhadap persatuan dan keadaan mahasiswa yang belajar di sini.

Kita hidup di sini dengan harmoni dengan menjaga kepentingan bersama Indonesia Malaysia Thailand. Tapi kamu ingin melangkauinya disebabkan bermasalah dengan persatuan di sini. Kamu yang bermasalah! Jangan libatkan orang lain dalam masalah kamu.Kasihan pelajar baru. Kami hanya menuntut kebersamaan dan kesatuan. Pecah dan perintah bukan pilihan! Itu adalah pilihan kamu!Atau ada kemaslahatan ummah lain yang dibenarkan.

Ya Allah tunjukkanlah kami ke jalan yang benar. Kemusnahan adalah pilihan terakhir seandainya tiada lagi sebarang ubat bagi mengubati penyakit ini. Kebatilan dan kezaliman hanya akan membawa penderitaan dan penyesalan di hadapan Rabb.naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-68540976946678911102010-09-12T05:23:00.000-07:002010-09-12T05:28:13.854-07:00Salam AidilfitriAssalamualaikum wrth wbh.

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Semoga kita dapat meneruskan kehidupan di bumi Allah ini dengan penuh makna.Biarpun Ramadhan baru berlalu, pengajaran dan latihan ibadah di dalamnya menjadi bekal penghidupan kita sepanjang bulan-bulan lain. Semoga berjaya!naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-78463431043610741152010-08-16T05:56:00.000-07:002010-08-16T05:57:03.814-07:00Musim Pulang.Assalamualaikum wrth wbh.
Sehari dua ini ramai kawan-kawan yang pulang ke Malaysia. Pulang kerana tamat belajar atau pulang bercuti. Segala ilmu yang ditimba dan dikutip selama mana berada di bumi berkah ini ditatang rapi dan dibawa sebagai ole-ole buat umat yang sedang menanti. Bagi yang telah selesai pengajian di sini, sudah pasti kenangan indah, pahit getir mahupun susah senang menjadi azimat yang berharga dalam hayat kehidupan.
Kepulangan yang dinantikan.
Medan perjuangan luas terbentang.

Wassalam.naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-64229225495785566812010-08-16T05:54:00.000-07:002010-08-16T05:56:07.173-07:00Kesatuan Hati Dan ImanAssalamualaikum wrth wbh.
Kita bertemu lagi dalam ruangan blog ini. Moga memberi manfaat dan kita dapat berkongi ilmu yang berguna. Ambillah sekiranya membawa kebaikan. Tinggalllah atau muhasabahlah ia sekiranya buruk.
Kesatuan hati dan iman. Inilah tajuk yang penting. Ada sesuatu yang bersarang dalam hati yang ingin dikhabarkan. Namun sukar diterjemahkan. Risau dan bimbang seandainya kurang tepat dan salah. Pun begitu saya cuba menterjemahkannya.
Kami di sini seringkali dikejutkan dengan pelbagai isu yang melibatkan persatuan mahupun kesatuan.Kami di sini lebih memahaminya. Beberapa buah negeri di Mesir kedapatan anak-anak Malaysia kita belajar dan menimba ilmu dalam pelbagai jurusan Usuluddin, Syariah, Bahasa Arab mahupun Perubatan. Negeri tersebut seperti Iskandariah, Damanhur, Tanta , Zagazig, Syibin El Kom, Tanta, mansurah, Damietta mahupun di Kaherah sendiri dan Syubra bagi pengajian ilmu Qiraat. Keberadaan mereka di negeri-negeri tersebut ekoran pengagihan mahasiswa ke luar Kaherah sekitar awal 90-an. Maka pihak persatuan PMRAM telah berusaha menubuhkan cawangannya di negeri-negeri tersebut bagi memudahkan urusan kebajikan para mahasiswa.
Kehidupan para mahasiswa sekurang-kurangnya tersusun dan diisi dengan pelbagai pengisian bermanfaat.
Pihak pengurusan mahasiswa dari Malaysia perlu menjalinkan kerjasama dengan pihak persatuan.
Mahasiswa baru perlu jelas dalam mendapatkan berita berkenaan dengan suasana dan kehidupan masyarakat setempat. Hak serta keperluan seperti tempat tinggal, komunikasi, urusan kuliah, urusan jual beli dan yang paling penting hal keselamatan. Memang benar penduduk tempatan baik dengan pelajar dari Negara luar, tetapi soal keselamatan jangan diabaikan. Mahasiswa baru perlu mendapat tunjuk ajar dalam menjalankan urusan mereka. Dalam erti kata lain mereka memerlukan fasilitator mahupun penunjuk cara. Lama kelamaan mereka akan serasi dan mengalami sendiri pengalaman hidup di bumi orang.
Ketetapan mahupun peraturan yang digubal oleh persatuan bukanlah berniat untuk menyusahkan para mahasiswa, tetapi untuk menjaga kebaikan bersama. Harus disedari bahawa bukan saja kedapatan mahasiswa Malaysia di sini, tetapi kita hidup bersama rumpun mahasiswa Indonesia dan Thailand. Kebersamaan ini dijaga zaman berzaman. Moga Allah Taala memberkati usaha ini. Soal keselamatan dan kebajikan para mahasiswa dititiberatkan. Pihak persatuan tidak mendapat gaji dari usaha persatuan ini. Mereka hanya menuntut kebersamaan dan kesatuan.
Berada jauh dirantauan mahasiswa perlu berdikari dan gagah mengharungi kehidupan. Latar masyarakat setempat sedikit sebanyak menguji diri. Mesir. Rangkuman huruf Arabnya Mim, Sod dan Ra. Mim musibah. Sod sabar dan Ra redha.
Selamat menuntut ilmu di bumi yang mana pernah dijejaki oleh para Nabi dan juga Rasul. Dan juga pernah dijajahi oleh Firauan dan sekutunya.
Wassalam.naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-40308192993005645412010-08-16T05:53:00.000-07:002010-08-16T05:54:12.980-07:00Ramadhan Karim.Assalamualaikum wrth wbh.
Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia dan dapat menjalani ibadah puasa dan ibadah lain yang dapat mendekatkan diri dengan Allah Taala.
Sehari demi sehari umur kian bertambah. Uban di kepala pun kian subur tumbuh. Adakah diri sudah benar jinak dengan Allah atau masih lagi lemah. Benar diri sungguh lemah. Ya Allah! Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Menciptakan diri ini. Dan Engkau Maha Mengetahui tentang diri ini. Pimpinlahlah hamba-Mu ini kearah jalan-Mu
Sesungguhnya tiada siapa yang dapat membantu melainkan Allah. Tiada siapa yang dapat memberi petunjuk melainkan Allah jua. Dan tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa manusia melainkan Allah!
Hati dijernihkan. Hidup diselaraskan atas jalan-Nya. Niat sentiasa diperbaharui agar mendapat redha-Nya.
Dan kepada para sahabat, maafkan diri ini andai ada salah dan silap serta khilaf dalam kehidupan. Moga Allah mengampuni dosa kita semua.
Ahlan ya Ramadhan.
Bumi Mesir kian merasai kehadirannya. Lampu Alfanus kian bertambah untuk menghiasi jalanan mahupun rumah umpama sambut hari raya. Mercun pun kini kedengaran. Adakah sayu hati berada ribuan batu dari tanah air, di rantauan orang. Hanya yang mengerti akan memahami erti perjuangan penat lelah di bumi orang.
Salam Kemerdekaan.
Tanggal 31 Ogos 1957, Negara kita Malaysia secara rasmi telah merdeka dari pemerintahan British. Dan Alhamdulillah Malaysia semakin maju berdikari dan bergerak seiiring dengan Negara merdeka yang lain. Nikmat kemerdekaan adalah suatu nikmat yang begitu berharga dan patut disyukuri.
Di bumi bertuah ini kami anak rantauan menyambutnya dengan gembira sebagai ingatan dan kenang-kenangan. Pihak persatuan di sini iaitu PMRAM( Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir) telah mengadakan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53 di Kaherah. Kami dari pelbagai negeri berkumpul meraikannya. Kesatuan dan ukhuwwah yang terbina akan meneguhkan lagi erti kemerdekan Negara kita yang tercinta.
Isilah kemerdekaan ini dengan setinggi-tinggi kesyukuran. Kenanglah mereka yang bersusah payah memperjuangkannya. Perteguhkan Islam dan terimalah Islam keseluruhannya. Tidak kira ras mahupun bangsa. Yang paling utama adalah Islam dan kefahaman yang jelas erti hidup sebagai hamba-Nya. Kita mulia kerana Islam dan bukan semata-mata kerana rupa mahupun kecerdikan.
Wassalam.naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3348079630906333376.post-39368532604962086072010-08-01T14:29:00.000-07:002010-08-01T14:40:32.865-07:00Diarihatiku..Assalamualaikum wrth wbh.

Sehari demi sehari diri melangkah mengikut perjalanan yang ditetapkan Ilahi, hanya doa dan sangkaan baik kepada Tuhan, moga kehidupan disirami Iman dan baik pengakhiran.
Sehari dua ini sibuk membersih rumah, debu. Selsema akibat alah debu. Ruang rumah dijelajahi, melihat apa yang perlu dilakukan. Barang-barang disusun agar lebih kemas. Telur digoreng buat makanan kucing. Kucing dibelai sebagai wadak (salam perpisahan). Sesungguhnya perjalanan masih jauh. memori bersama kawan-kawan di rumah diabadikan dalam kenangan. Moga kita selaku hamba akan terus berbakti kepada Tuhan.
Ya Allah! Diri ini lemah dan Engkaulah lebih memahami dan melihat hamba-Mu. Tunjukkanlah kami ke jalan keredhaan-Mu.naqiuddinhttp://www.blogger.com/profile/02045718571145038009noreply@blogger.com0