Saturday, February 23, 2013

Teguran untuk diri

Assalamualaikum warahmatullah. Sehari dua ini, keadaan cuaca agak tidak menentu, terkadang cahaya begitu terik memancar dan terkadang redup diiringi dengan hujan. Namun begitu semuanya sudah tersurat dalam catatan ciptaan Allah. Teguran untuk diri. Jagalah mulut. Jika kerna pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.Kata-kata yang baik akan membawa kebahagiaan. Manakala kata-kata yang buruk akan mengguris perasaan. tiap kata yang terbit dari mulut boleh jadi dikira doa. Jadi keluarkanlah kata-kata yang bermanfaat dari mulut. Sentiasalah bermuhasabah, bertafakur. Adakah mulut yang allah pinjamkan ini telah digunakan semaksimanya untuk mencapai redha Allah atau sekadar mencari asbab untut diseksa di hari pembalasan. Ramai yang sudah sengsara akibat mulut yang berbicara. namun tak kurang juga mencapai bahagia jasa mulut yang berguna. Cadangan: 1. Perbanyakkan kebajikan dengan mulut dan jauhilah mulut dari mengumpat, fitnah, adu domba, dan sebagainya. wassalam.

No comments: