Assalamualaikum wrth. wbh.
Semoga para sahabat sihat sejahtera. Banyak perkara yang telah berlaku semenjak dua menjak ini di bumi Mesir. Entah di manakah silapnya. Jauh merantau beribu batu dari tanah air untuk belajar.Isu-isu yang agak panas di kalangan Mahasiswa kita di bumi Mesir sentiasa ada dan kadangkala seolah-olah berperancangan untuk menyusahkan Mahasiswa. Adakah kerana kita tidak menyokong gagasan mereka? Atau tidak mengikut telunjuk mereka? Mereka juga mengucap syahadah, solat dan puasa sebagainya. Tetapi mengapa jadi macam ni? Kepada siapa lagi hendak mengadu. Adakah zaman keNabian semakin hampir dan zaman diktator sudah berada di puncaknya. Walaupun kerja buat mereka masih lancar seumpama Firaun yang tak pernah sakit, mereka rasa seronok dan berhati kering, mereka juga harus ingat mereka juga manusia. Dan pada penghabisannya Firaun ditenggelamkan di Laut Merah. Pun begitu ketika di hujung nyawa, dia menyatakan keimanan kpd Allah. Semuanya terlambat.
Sahabat rujuklah mereka yang lebih arif dalam satu-satu isu.
Isu pembatalan muadalah dan yang terbaru isu perpindahan Mahasiswa dari cawangan ke Kaherah. Saya tidak tahu untuk mengulas tetapi sahabat sila rujuk sumber yang boleh dipercayai. Ada poin yang lebih panas dan maklumat terbaru. Mungkin sahabat dari negara luar Mesir tak tahu secara jelas. Kami perlukan pembelaan! Saya letakkan alamat blog dalam ruangan Pendirian Mahasiswa. Buka mata, buka hati, ingat Allah, katakan benar walau pahit. Kebenaran akan datang dan kebatilan tiada tempat.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment