Saturday, May 15, 2010

KepadaMu Ya Allah kami mengadu.




Assalamualaium wrth. wbth

Masih teringat ketika seawal menjejakkan kaki ke bumi Mesir ini. Kami selalu diingatkan supaya sentiasa memperbaharui niat agar menuntut ilmu kerana Allah Taala. Menjaga tingkah laku dan kata-kata. Doa makbul dan jangan berbicara sembarangan.

Segala permasalahan biasanya diselesaikan bersama pihak persatuan mahupun kawan-kawan. Ibu bapa dan sanak saudara jauh beribu batu di Malaysia. Kepada siapa lagi kami hendak mengadu jika tidak kepada orang yang berkuasa dalam menguruskan kebajikan.

Mutakhir ini, banyak perkara telah berlaku kepada kawan-kawan yang belajar di Mesir ini, dari sudut pendidikan, keselamatan dan isu-isu lain yang sepatutnya perlu diambil perhatian oleh pihak berwajib. Semua isu ini banyak dilaporkan dalam blog. Tapi, adakah pihak berwajib ini mengambil tindakan sewajarnya?

Kami melihat pihak tertentu ini lebih berminat bermain politik dari menguruskan masalah pelajar.Dan pilihanraya yang dijalankan setiap lima tahun adalah bertujuan memilih kerajaan yang memerintah. Dan mereka yang dilantik untuk menguruskan kebajikan pelajar di sini perlu bersifat neutral. Tugas mereka adalah untuk menguruskan hal yang berkaitan kebajikan pelajar khususnya di sini.

Apapun sahabat sekalian perlu tabah dan pengharapan yang terbesar adalah kepada Allah Azza Wa Jalla. Apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Bumi ini Tuhan wariskan untuk hamba-Nya yang soleh. Kejahatan dan kebatilan akan pupus apabila sampai tempoh waktunya. Jangan mereka menangis atas kezaliman yang mereka rencanakan. Jangan sesekali mereka menangis atas kezaliman yang mereka lakukan.

Pun begitu pastikan diri sentiasa berada atas landasan Ilahi. Moga Tuhan mengampuni dosa diri dan menyuluh jalan kebenaran. Selagi nyawa masih ada, pintu taubat masih terbuka. Firaun yang gagah akhirnya ingin beriman ketika nyawa berada di penghujung. Namun tak diterima. Mereka juga belajar agama. Tidak adakah ruang cahaya yang menyinari hati?.Atau dendam bangsa yang tidak terperi? Atau taksub fanatik yang tiada ruang untuk diteliti? Menghitung hari sebelum mati....

No comments: