Tuesday, December 29, 2009

Salam Hijrah dan Imtihan!

Assalamualaikum wrth. wbh.

Semoga sahabat sentiasa sihat dan dinaungi Allah selalu. Salam Hijrah saya ucapkan kepada para sahabat sekalian, moga detik yang berharga ini dapat mengingatkan kembali kepada Rasulullah S.A.W. Walaupun Baginda S.A.W telah pergi, namun perjuangan untuk meneruskan hidup selaku Hamba Allah dan ummat Baginda S.A.W dapat diteruskan. Sirah dihayati dan hidup perlu beramal.

Beramallah kita biar di mana saja kita berada untuk Allah dan Rasul-Nya. Tidak kira di mana saja posisi kehidupan, selaku pelajar, pekerja pejabat mahupun petani. Meletakkan kefahaman dihadapan dan beramal agar Islam terus subur dan diamalkan. Maafkan saya sekiranya ada tulisan ini kadangkala berlawanan dengan sikap mahupun amalan hidup. Ketika mana kita menyuruh orang lain untuk melakukan kebajikan dan beramal untuk akhirat kita pula lalai dan jauh dari kebaikan. Doakanlah semoga kita semua dapat beramal dengan kebenaran dan meninggalkan dosa dan kegelapan.

Saya pernah mendengar satu fakta yang diungkapkan oleh orang Yahudi yang bersangkutan mengapa ummat Islam lemah. Jawapannya ialah lemahnya ummat Islam dalam menghayati sirah Nabi S.A.W. Mungkin kerana kita tidak mengenal peribadi Baginda S.A.W dan lemahnya Iman. Belajarlah sirah Nabi S.A.W dan kita memegangnya.Moga Islam akan kembali gemilang. Berilah nasihat kepada saudara anda. Maafkanlah andai ada salah dan silap.

Sedar ataupun tidak, kita sudah menghampiri waktu peperiksaan. Cabaran musim sejuk seharusnya tidak membantutkan usaha kita untuk menuntut ilmu dan menggapai kejayaan. Insya Allah peperiksaan bagi kuliah Syariah Tafahna akan bermula seawal 9 haribulan 1 nanti bagi subjek ulangan dan bagi subjek untuk tahun ini atau dipanggil mustajid, peperiksaan akan bermula 16 haribulan 1 ini. Maafkan diri ini andainya ada salah dan silap. Sama-sama kita doakan moga kita semua berjaya dalam kehidupan dan peperiksaan nanti. Amin.

No comments: