Sunday, November 15, 2009

Salam Kembali

Assalamualaikum.

Kita bertemu kembali dalam ruangan ini. Fatrah cuti telah berlalu dan sesi pengajian 2009/2010 menantikan kita dengan seribu satu pengembaraan ilmu yang cukup mengembirakan. Diimbas kembali tatkala pertama kali menjejakkan kaki ke bumi kuda putih ini pada 14.11.2006, kesayuan menguasai diri lantaran jauh daripada keluarga dan sahabat handai yang datang bersama-sama ke Mesir. Kita datang satu kapal dan Allah telah mentakdirkan kita untuk menuntut ilmu di tempat yang berbeza.

Pelbagai pengalaman suka dan duka mewarnai diri. Di sinilah tempat untuk melatih diri, mencari ilmu agama dan ilmu kehidupan. Seringkali menggambarkan diri seumpama seorang komando yang mempunyai misi tersendiri, terkadang bergerak sendirian untuk mencapai matlamat. Mesej semangat dan arahan yang bertubi dari abah masih saya simpan sebagai kenangan. Misi bermula apabila saya bersiap-siap untuk ke kuliah, namun pergerakan itu terbatas di pagar rumah lantaran keyakinan diri yang tak menentu untuk menuju ke Tafahna, setengah jam perjalanan dari Zagazig.

Tetapi terima kasih saya ucapkan kepada sahabat serumah yang membawa saya sebelum itu ke Tafahna. Dan untuk hari yang seterusnya saya meminta sahabat yang berdekatan yang ada kuliah di universiti Azhar Zagazig untuk tunjukkan saya jalan ke Tafahna. Saya turun di Salam dan dalam tramco tadi ada juga seorang sahabat yang hendak ke Tafahna. Saya mengikut beliau ke sana. Sayu sungguh kalau kita berada berseorangan dan pemikiran teringatkan orang yang tersayang di kampung. Walaubagaimanapun diri perlu sentiasa rapat dengan Allah. Doa serta keyakinan untuk menuntut ilmu perlu sentiasa disuburkan.

Selamat datang kepada sahabat baru dan selamat menuntut ilmu.

No comments: