Assalamualaikum wrth. wbh.
Selamat menyambut Aidil Adha saya ucapkan kepada semua sahabat. Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat wal afiat. Beraya di perantauan merupakan suatu perkara atau pengalaman menarik bagi para sahabat yang baru menjejakkan kaki ke bumi anbiya' ini. Mungkin ada yang sedih kerana berada berjauhan dari sanak saudara. Tak kurang juga ada yang gembira beraya bersama kawan-kawan baru.
Alhamdulillah kita sudah mula beraya pada hari Jumaat yang lepas dan sebelum itu pada hari Khamis disunatkan untuk berpuasa sempena hari Arafah. Alhamdulillah pada hari raya yang kedua sahabat-sahabat telah menjalani ibadat korban. Semoga ibadah itu diterima Allah. Penyembelihan korban pada tahun ini telah dilakukan di kawasan Murur berdekatan dengan rumah seorang sahabat kita. Ramai sahabat baru yang turun untuk membantu dan menjayakan majlis ini. Pada tahun ini pihak persatuan DPMZ dapat menguruskan penyembelihan korban unta sebanyak dua ekor dan mengadakan majlis Aidil Adha di dewan yang serba indah iaitu di Dewan Sahrul Layali pada hari raya ketiga.
Tahniah kepada sahabat ajk yang telah bertungkus lumus dalam menyiapkan peralatan, membantu merewang unta dan pihak masakan yang menyediakan makanan kepada sahabat yang hadir.
No comments:
Post a Comment