Assalamualaikum wrth wbh.
Saya ingin menyentuh sedikit mengenai wanita dan Islam. Allah S.W.T telah menjadikan manusia lelaki dan wanita. Setiap daripada keduanya membawa peranan yang tersendiri. Saling memerlukan antara satu sama lain. Dalam erti kata beragama wanita boleh jadi selaku anak dan isteri dan ibu. Begitu juga lelaki sebagai anak, suami mahupun bapa.
Wanita amat mulia kedudukannya di dalam agama. Selaku anak jika belum berkahwin ketaatannya adalah kepada ibu dan ayah. Seterusnya sekiranya sudah berumahtangga ketaatannya pula adalah kepada suami. Lelaki juga ketaatannya adalah kepada ibu dan bapa selagimana tidak menyekutukan Allah S.W.T. dan bermaksiat kepada-Nya.
Daripada wanita, ibu, seorang anak dilahirkan. Diberikan perhatian, kasih sayang serta dibesarkan. Bapa pula bertugas memberikan makan, minum dan tempat tinggal serta segala keperluan kepada keluarga.
Dewasa kini melihat kepada situasi Malaysia. pelbagai NGO mahupun badan kerajaan berusaha digerakkan untuk membela hak wanita. Pelbagai mehnah dan tribulasi yang dialami oleh golongan wanita kerana mereka banyak terdedah kepada jenayah dan sebagainya. Pun begitu golongan lelaki juga mengalami masalah yang sama.
Dalam hal ini sebenarnya ada NGO atau badan-badan mahupun persatuan yang membela hak wanita memiliki pemikiran liberal. Mereka berjuang atas nama badan tertentu dan cuba menyebarkan pengaruh liberalisasi dalam masyarakat Islam. Soal hak mahupun kesamarataan dalam pewarisan harta, hak menjadi Imam dan pemimpin diperjuangkan oleh golongan ini.
Amat hahaya lagi mereka ini berkiblatkan tokoh-tokoh liberal dari luar negara, yang hanya bercakap dan berhujah mengikut akal semata-mata. Tetapi harus diingat tokoh liberal yang mereka kagumkan itu menjadi pelarian dari negara sendiri mahupun tersisih dari masyarakat mereka lantaran percanggahan mereka dengan para ulama setempat. Mereka hidup dalam ketakutan dan ada yang menjadikan Amerika Syarikat sebagai negara kedua kerana takut diri mereka terancam. Kisah era 80-an di mana seorang tokoh liberal(orang Mesir)diajak berdebat dengan seorang Syeikh di Mesir dan Syeikh tersebut akhirnya mengatakan beliau murtad. Dan suatu hari beliau ke pasar untuk membeli belah dan akhirnya disembelih oleh penjual daging.
Dasar -dasar kebebasan berfikir dan bertindak inilah mengharu birukan masyarakat Islam. Tambahan lagi mereka yang menyebarkan pengaruh liberalisma ini mempunyai tempat yang tinggi dalam pemerintahan negara. Sayang sekali.
Agama Islam sudahpun sempurna dan jelas segala perlembagaan dan peraturannya. Perlembagaan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul dipertikai dengan mudah. Mereka yang kurang agama mahupun iman, pasti menunggu masa untuk mengangguk mahupun mengatakan ya pada pertubuhan liberal itu. Semua disandarkan atas dasar itu hak saya.
Entahlah, jika perlembagaan Allah dan Rasul tidak mahu diikuti, perlembagaan yang digubal sendiripun sudah tidak mahu dituruti. perlembagaan apakah lagi yang menjadi sandaran kepada mereka yang berfikiran bebas ini. Mereka juga Islam tetapi sejauhmana mereka memahami Islam. Atau mereka telah menjadi agen untuk menghancurkan Islam dari dalam.
Hendak kata mereka kurang cerdik, mereka itu bertaraf Phd. Macamana ya? semoga Allah memberikan pengajaran kepada mereka agar kembali dan insaf.
No comments:
Post a Comment