Sunday, July 19, 2009

Modul: Tarbiah mendidik jiwa.

Assalamualaikum wrth wbh.

Sahabat semua pasti pernah mendengar perkataan modul. Mungkin dapat difahami dengan merujuk perkataan tersebut di dalam Kamus Dewan mahupun mempelajarinya secara amali, yang mana matlamat asal modul adalah untuk menjana pemikiran dan mendidik diri.

Sebagai contoh, sahabat diberikan satu jug air oren yang terisi separuh. Kemudian sahabat diminta menterjemahkan atau menafsirkan jug air oren itu mengikut kemampuan sendiri. Pasti ada sahabat yang mengatakan jug itu berisi air oren. Kemudian ada yang mengatakan separuh dari jug itu adalah kosong dan pelbagai lagi tafsiran lain. Dan hasil kajian itu mengikut apa yang dikehendaki oleh fasi atau rumusan bersama. Antara lain boleh dikatakan wujudnya pelbagai tafsiran terhadap jug tersebut dan kita perlu menerima pendapat orang lain sepertimana kita juga ingin pendapat kita didengari.

Dan banyak lagi modul mendidik jiwa. Yang semuanya membawa maksud supaya kita menjadi seorang pemikir yang berfikir untuk Islam dan menyediakan diri untuknya.

Modul yang dibuat ini bukanlah sengaja direka-reka mahupun dibuat tanpa arah tuju. Itu semua dilakukan untuk mendidik diri, untuk menjadi orang yang memahami, selain dapat membentuk diri menjadi insan yang gemilang.

Kadangkala modul yang diberikan berbentuk berat, dan ada yang menyentuh hati dan perasaan, dan ada yang menuntut kita supaya berkorban. Kejayaanlah sebagai hadiah bagi mereka yang memahami dan dapat berfikir. Membentuk diri supaya menjadi cemerlang untuk kebahagiaan ummat.

No comments: