Assalamualaikum wrth wbh.
Salam persaudaraan dan keceriaan buat warga Zagazig khasnya dan semua sahabat amnya tak kira di mana anda berada, di Mesir, Indonesia mahupun di Malaysia. Sesungguhnya jarak dan masa tidak menghalang kita untuk menjalinkan ukhuwwah atau persaudaraan kerana Allah S.W.T.
Ahlan wasahlan buat sahabat perubatan serta kuliyyah yang baru menapak di bumi Zagazig. Mungkin sahabat telah dimasyhurkan dengan lagenda serta sejarah Zagazig, dengan keayuaan para gadisnya, dengan sejarah Nabi Yusufnya, dan pelbagai lagi pengalaman baru yang sahabat timba.
Alhamdulillah segala puji dan syukur kepada Ilahi, dengan limpah rahmat serta kasih-Nya kita dipertemukan di bumi bersejarah ini dengan hadaf yang satu iaitu menuntut ilmu. Tidak kira perubatan, Syariah, Usuluddin mahupun kuliyyah Bahasa Arab, ingatlah kita menuntut ilmu Allah S.W.T.
Dalam celahan waktu menuntut ilmu, kita sering bersua dan berbicara untuk memenuhi tuntutan persaudaraan. Segala sakit deman, susah senang sedikit sebanyak disentuh dan diberi perhatian. Rasanya tidak ada perbezaan antara pengajian kita. Yang membezakan kita hanyalah ketakwaan kita kepada Allah S.W.T. Tetapi perbezaan pengajian kita janganlah menyebabkan kita terpisah serta khilaf dalam kehidupan.
Sahabat sendiri boleh bermuhasabah terhadap kita semua. Apa yang berlaku sepanjang kita bersama. Kesatuan atau persaudaraan yang kita pinta tidak lain hanyalah untuk kepentingan Islam. Khilaf antara kita janganlah menyebabkan persaudaraan kita hancur musnah dan pada masa yang sama musuh bersorak dan senyum ketawa padahal azab sedang menanti mereka yang melihat kekhilafan kita.
Sambutlah salam persaudaraan ini, yang tidak beku dek musim sejuk dan tak kering di musim panas. Yang nak balik, moga selamat dalam perjalanan serta selamat kembali. Musim durian dan rambutan menanti..
No comments:
Post a Comment