Friday, July 17, 2009

Suci Sekeping Hati

Assalamualaikum wrth. wbh.

Ada sesuatu yang berlegar-legar dalam minda dan pemikiran. Cuma tidak tahu untuk menyampaikannya. Tetapi saya cuba membawa saudara berinteraksi dengan diri sendiri. Entah kenapa saya lebih suka berbicara atau menyentuh soal kehidupan dan jiwa. Mungkin latar belakang kehidupan atau sedikit pengalaman. Mama saya pernah berkata bahawa kita perlu belajar dari kesilapan. kesilapan demi kesilapan itu juga mematangkan diri dan menjadikan diri sentiasa berfikir.

Mungkin beberapa tuntutan yang harus diri tunaikan dan semestinya dilakukan demi meraih cinta Ilahi. Antara tuntutan diri yang harus mahupun wajib ditunaikan ialah:
1. Tuntutan supaya meninggalkan dosa tidak kira dosa kecil mahupun besar, segala kemaksiatan, perbuatan keji dan mungkar. Boleh diambil contoh ketikamana Saidina Uthman Ibn Affan Radhiallahu Anhu berhadapan dengan musuh, yang mana beliau lebih takutkan dosa yang dilakukan oleh tentera Islam berbanding musuh kerana kemenangan akan diperoleh hasil dosa yang dilakukan oleh pihak musuh. Dan kerana kesucian tentera Islam mendapat pertolongan daripada Allah S.W.T. tidak kiralah sehebat manapun, seramai manapun tentera musuh.

2. Diri kita dituntut supaya melaksanakan segala perintah , amanah, taklifan mahupun segala suruhan yang telah diberikan oleh Allah S.W.T dan Rasul S.A.W serta orang-orang beriman.

Adalah diharapkan segala kekuatan Islam dan ummatnya akan kembali menyinar dengan perlaksanaan tuntutan ini. Pesan pada diri supaya tabah dan sabar dalam mengharungi liku-liku kehidupan.Kebahagiaan akan menyirami hati-hati yang tunduk serta patuh kepada-Nya. Salam kebahagiaan.

No comments: