assalamualaikum wrth. wbh.
Pada musim panas sebegini, seringkali masa tidur tidak menentu. Malam menjadi siang dan siang menjadi malam. Buku seringkali menjadi ubat untuk tidur. Entah mengapa hatiku terdetik untuk berbicara mengenai tajuk ini.
Kawan, teman atau taulan mahupun sahabat handai merupakan mereka yang paling hampir dengan kita selain keluarga kita sendiri. Dan seringkali juga perkara-perkara yang sensitif dibincangkan bersama teman karib sebelum sampai kepada keluarga. Entah mengapa manusia memerlukan teman. Tidakkah terbayang, kita pergi ke suatu tempat beramai-ramai, kemudian kita ditinggalkan. Tiada khabar, tiada berita, atau berita terhad. Tiada siapa yang bertanya khabar, tiada siapa yang tahu sakit demam, susah senang.
Tapi sebenarnya kita perlu kuat, jiwa perlu besar untuk menghadapi kehidupan sementara ini. Adakalanya kita perlu hadapi semua masalah hidup secara sendirian. Hanya kepada Allah tempat mengadu. Tetapi tidak semua masalah boleh diselesaikan secara bersendirian. Perlu bertemu orang yang dipercayai untuk meminta pandangan mahupun nasihat.
Diri perlu positif. Mental perlu berada pada aras yang sihat. Perkara negatif seperti tekanan mental boleh sahaja menyerang pada bila-bila masa ekoran tekanan perasaan mahupun tekanan jiwa yang tidak terkawal. Tabiat suka menyendiri, menyalahkan diri, perasaan rendah diri yang melampau menjadi antara faktor kepada gejala tekanan ini.
Ku doakan semoga kebahagiaan akan menyirami hati kita semua. Selamat pagi. Subuh pasti hadir.
No comments:
Post a Comment