Friday, July 3, 2009

Monolog diri: Sabar dan Pasrah..

Sabar dan pasrah,
Aku sendiri tidak tahu ke mana arah tuju,
Sehingga Allah menunjuk jalan kehidupan,
Lantaran aku pernah terkecewa terkeliru,
Bukan bermakna aku menyisih dan menyendiri,
Tetapi mungkin kerana aku tidak tahu untuk menghadapi godaman demi godaman..

Aku membawa diri menyepi..
Tapi aku tahu dengan menyepi aku hanya menyeksa diri..
Sedangkan aku perlu melawan segala kebejatan dan keegoan diri..
Menerima takdir...

Benar,
Amat mudah untuk menutur kata sabar,
Tapi siapalah yang tahu hatimu membengkak parah,
Bukan niatku mengguris hati,
Kerana aku hanya mengikut takdir Ilahi.

Semoga segala kesusahan dan keperitan di dunia ini
menjadi galang ganti kesusahan dan keperitan di akhirat,
Hidup dan mati untuk Allah,
Redha dan pasrah dengan ketentuan-Nya..

Perlu berjiwa besar untuk menerima segala mehnah dan tribulasi,
Kerana kau dan aku serta kita semua adalah pejuang,
Semoga Syurga menjadi hadiah,
Pegubat hati pengubat duka.

Kau yang hebat,
Gagah menerima takdir,
Mencari pahala,
sebagai seorang abid..

No comments: