Assalamualaikum wrth. wbh.
Secara fitrahnya manusia dijadikan suci. Ibu bapalah yang mencorak anak-anak mereka, samada ingin menjadikan anak itu Yahudi,Nasrani,Majusi dan sebagainya. Maka beruntunglah bagi mereka yang diberi taufik dan hidayah Allah. Ada orang yang dilahirkan Islam tetapi akhirnya mereka melencong daripada agama dan ada pula yang dilahirkan dalam keluarga yang non Muslim dan akhirnya mereka memilih Islam sebagai agama dan jalan hidup.
Seringkali kita terleka dengan masa yang ada. Begitu juga dengan perbuatan yang kita lakukan. Adakah ianya disukai atau dibenci oleh Allah. Susah juga ingin memulakan bicara. Tetapi kita dapat merasainya. Termenung apa yang boleh aku lakukan, untuk memberikan penjelasan atau sekadar memberikan nasihat. Biarlah saya nasihati diri sebelum menasihati sahabat semua.
Walau ianya perkara berulang. Tidak mengapa kerana agama adalah nasihat. Ingatlah wahai diriku kau masih menghirup udara dan masih bernafas yaitu masih hidup. Taklifan belum lagi terangkat. Penjaga di kiri dan kananmu masih sudi bersamamu. Segala amal perbuatan dicatat dengan teliti. Baik mahu buruk.
Kadang-kadang Allah sengaja menguji kita dengan kebaikan atau keburukan yang kita lakukan. Bagi perkara kebaikan, beruntunglah, sekurang-kurangnya kita dapat menambah kebajikan. Dan bagaimana pula kalau diri diuji dengan keburukan. Kalau anda diuji degan melakukan dosa dan maksiat kepada Allah. Siapakah lagi yang dapat membantu anda keluar dari kegelapan. Kerana yang pastinya hanya Allah yang dapat membantu.
Ketika kawan menyisih, diri menjadi lemah dan membisu lantaran dosa, ke manakah haluan hendak di bawa. Siapakah yang dapat mendengar rintihan hati dan tempat mengadu kasih. Diri rasa terbuang dan di kelilingi seribu satu kesulitan lantaran dosa.
Adakah ada kemanisan di sebalik kepalsuan dosa yang dilakukan. Bilakah kesedaran kan hinggap di hati. Yang terselamat di bawah jagaan Allah, bersyukurlah dan teruskan perjuangan. Kerana jika anda bandingkan orang yang melakukan dosa dan maksiat dengan orang yang tidak melakukannya ibarat gelas yang bersih dengan gelas yang terisi dengan minyak hitam.
Apakah jawapan atau jalan keluar dari semua mehnah ini. Siapakah yang dapat membantu. Ketaatan kepada Allah dan Rasul perlu dipasak. Mungkin hukuman perlu diberikan kepada si abdi yang berdosa.
Tiada siapa yang dapat merubah diri kita melainkan kita sendiri yang mahu berubah. Semoga kasih Allah masih tersisa buat hamba-Nya yang berdosa. Mungkinkah peluang masih terbuka...Mengharapkan keampunan dan kasih sayang Allah. Kesusahan serta derita di dunia sebagai gantian dari terseksa di akhirat.
No comments:
Post a Comment