Assalamualaikum wrth. wbh. Selamat berjumpa lagi sahabat semua. Moga diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan di bumi Mesir atau di mana saja sahabat berada.
Peperiksaan tahriri sudahpun saya lepasi, menunggu imtihan syafawi minggu depan. Mudah-mudahan berjayalah hendaknya. Amin. Doakan untuk semua sahabat juga berjaya.
Sebenarnya amat indah sekiranya kita menjadi seorang pemikir. Setidakpun menjadi orang yang suka berfikir untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara. Rasa berbahagia dengan kebahagian dan turut merasakan kesedihan dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain. Sikap serta sifat prihatin terhadap persoalan yang berlegar di sekeliling kita, yang berlegar-legar dalam diri kita.
Berfikir tentang diri dan membedah serta merawati segala jenis penyakit yang berada dalam diri. Segala sifat mazmumah. Pelbagai vaksin telah digunakan. Tetapi ada juga yang degil dan itulah yang menjadi titik kelemahan diri.
Sikap saling nasihat menasihati amat perlu dalam kehidupan kita. Kita boleh melihat Bani Israel yang tidak suka mewujudkan budaya ini, jadilah sesat. Berbisik kepada diri mengapa diri tidak bersuara. Mengapa? Mungkin sikap pengecut bersarang dalam diri. Takut terancam, takut. Takut? Mengapa takut untuk membetulkan. Diri lemah. Setiap detik diri berfikir. Doa menjadi perantara. Biar Allah membantu.
Tidak mengapa jika kita berhati kering, tetapi sekering-kering hatipun ada hadnya. Melepasi had bermakna melampau. Jangan biarkan Tuhan berbicara melalui hamba-Nya untuk menghukum sekadar memberi peringatan dan menambah kesedaran. Nasihatlah kerana agama itu adalah nasihat.
......
No comments:
Post a Comment