Sunday, May 3, 2009

Selamat Menghadapi Imtihan.

Assalamualaikum wrth. wbh. Semoga sahabat-sahabat ceria selalu. Hari peperiksaan kian menghampiri. Insya Allah hari-hari yang masih berbaki ini diisi dengan sebaik mungkin.

Tiada apa yang hendak dinukilkan kecuali sedikit muhasabah atau nasihat kepada diri sempena peperiksaan yang akan berlangsung nanti. Suasana peperiksaan di Mesir ini sungguh menarik.

1. Ibu segala kejayaan adalah hubungan diri dengan Allah. Insya Allah, sedikit demi sedikit hubungn dibaiki. Mudahan mendapat taufiq dan inayah-Nya, ditunjukkan jalan kebenaran dalam kehidupan. Mendapat rahmat dan kasih sayang dari-Nya.

2. Hubungan dengan masyarakat terutama ahli rumah, kawan-kawan terdekat perlulah dijaga. Banyakkanlah nasihat. Berbincanglah dan bertolak ansurlah seandainya ada salah dan khilaf dalam bermuamalat. Hindarilah segala buruk sangka dan permusuhan. Damaikanlah sahabat-sahabat yang terpisah.

3. Usahalah bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Jangan lupa telefon keluarga, mak ayah di kampung pinta restu dan doa kejayaan daripada mereka.

Semoga berjaya. Ya Allah, hamba-Mu ini nak jadi budak baik, rajin dan berjaya dalam peperiksaan dunia dan akhirat. Amin.

No comments: