Assalamualaikum wrth. wbh.
Entah apa yang bersarang dalam pemikiran. Seringkali ianya cepat berlalu dan pergi. Setidakpun idea yang ada diolah melalui ceramah secara solo di depan cermin. Semenjak peperiksaan berlalu hampir dua minggu lepas, satu perasaan telah berjaya hinggap dalam diri iaitu sunyi dan tak tahu nak buat apa-apa atau kata lainnya pengurusan hidup yang tidak teratur.
Diri sendiri perlu bermuhasabah secukupnya. Jangan membiarkan perasaan sunyi menghantui diri seterusnya meninggalkan penyakit lain seperti malas dan sebagainya. Positif pada diri, sebenarnya setiap diri kita ini ada pelbagai tugasan yang wajib dan harus dibuat. Sikap malas mahuhun bertangguh kerja ini ekoran sunyi, bosan atau boring ini harus diubati. Diri perlu kuat untuk melawan penyakit malas dan penyakit negatif yang lain.
Masa dan tugasan harus diatur. Jam dalam diri perlu diperkemas. Masa solatnya, masa membaca, masa menyiapkan tugasan, masa makan minum, masa tidur mahupun masa untuk bersama kawan-kawan. Bagi kawan-kawan yang suka beriadah, beriadahlah untuk kesihatan. Bagi yang tidak seaktif kawan-kawan lain, cukuplah sekadar senaman ringan seperti berlari setempat, joging atau sebagainya.
Kesimpulannya, setiap kesunyian itu ada sesuatu. Jangan biarkan diri anda dilanda kesunyian yang melampau. Hubungilah ibu bapa di kampung, kawan-kawan dan kongsilah pendapat mahupun masalah yang anda hadapi.
Apapun tahniah kerana anda berjaya melepasi ujian demi ujian oleh Allah dan anda masih dapat berfikir dan menilai kehidupan ini. Kepahitan hari ini lebih bermakna dari menerima kepahitan yang kita belum rasakan di hari kebangkitan. Mudah- mudahanan keampunan dan rahmah kasih sayang-Nya menuntun kita ke jalan-Nya.
No comments:
Post a Comment