Assalamualaikum wrth. wbh..
Salam kembali buat semua sahabat. Semoga Allah sentiasa merahmati dan sentiasa menaungi perjalanan kita di bumi berkat ini. Jadual peperiksaan telah pun keluar bagi kuliyyah Syariah di Tafahna Al Asyraf. Saat peperiksaan merupakan waktu mencabar. Insya Allah kami akan periksa pada pertengahan bulan 5 nanti. Setiap kali menjelang musim peperiksaan, pasti suatu perasaan akan datang..iaitu risau. Bukan sahaja risaukan soal peperiksaan tetapi risaukan juga dengan permasalahan yang berlaku di sekeliling kita. Tidak kira sahabat berada di Kaherah, Tanta atau Damanhur mahupun Mansurah dan Alex.Risau. Pertamanya kita risau dengan keadaan diri. Persiapan peperiksaan dari segi pembacaan dan penghafazan buku. Kadang rajin kadang malas. Semoga Allah membantu. Tetapi kita perlu bersungguh untuk membantu diri moga berjaya.
Jangan Biarkan Perasaan Tidak Puas Hati Berlabuh Dalam Hati Tanpa Kawalan..
Seketika riuh dan dari dulu lagi riuh blog ustaz Mumtaz dengan isu semasa. Setiap kali satu artikel disiarkan, pasti mengundang reaksi yang pelbagai. Ruangan komen itulah yang menjadi tempat komen, kritikan mahupun menjadi tempat golongan yang tidak diketahui siapa mereka ini mempamerkan kata-kata yang tidak melambangkan seorang Islam yang faham akan agamanya. Semuanya atas dasar tidak puas hati. Sebenarnya bahaya dengan membiarkan perasaan tidak puas hati ini berdarah daging dalam hati. Tidak ada rasa ketenangan dan kebahagiaan.
Selaku ahli PMRAM, kita perlu bersuara. Dan usul yang disampaikan oleh ustaz Mumtaz Harun pada muktamar PMRAM lepas supaya golongan yang memecah belahkan kesatuan mahasiswa di Mesir ini dihapuskan atau dibasmi telah disuarakan. Sila rujuk laman blog beliau di: www.jihadislami.blogspot.com untuk penjelasan lebih lanjut.
Dengan berdiam diri, golongan yang tidak berpuas hati ini membuat onar. Paling tidakpun kutukan mahupun fitnah disebarkan. Amat malang sekali sesiapa yang mudah terpengaruh. Sebenarnya kita berlu bersemuka dengan pihak ini secara bersemuka. Memang benar walaupun sudah bersemuka, kedegilan masih tersisa. Mungkin mereka ditakdirkan menjadi golongan itu.
Dalam blog tersebut, pada ruangan komennya, jelas sekali penama sebagai kak Imah banyak mempersoalkan mantan Presiden PMRAM sebelum ini. Era ustaz Anhar Opir mahupun U. Nizam Noh. Semuanya gara-gara tidak puas hati.Fikrah bercampur dan tidak jelas siapa sebenar mereka dan apa yang mereka ini hendakkan. Individu tersebut mempersoalkan kerja mereka di jabatan kerajaan. Dan mempersoalkan mengapa tidak berceramah di pentas-pentas. Panjang perdebatan yang dilakukan. Hak berkerja dan mengusahakan rezeki iti adalah hak rakyat.
Sesekali bercermin, adakah sikap tidak puas hati ini menjadi menu utama diri sendiri. Hanya dengan akal yang sihat yang dipandu dengan Al Quran dapat menuntun kita ke arah pemikiran yang matang dan cerdas. Budaya kutuk-mengutuk, fitnah-memfitnah bukan budaya Melayu kita. Itupun kalau kita ini masih mendaulatkan kemelayuan kita. Sikap buruk inilah yang menjejaskan kemajuan bangsa Melayu kita. Islam pun lambat untuk diangkat.
Kematangan berfikir, menilai dan benar dalam menyampaikan sesuatu perkara itulah tuntutan agama. Agama itu fitrah yang suci. Jangan gadaikan Islam kerana perbuatan kita dihalang atau hajat tak kesampaian. Ada hujah yang teguh mengapa kita perlu bersatu. Jika di Mesir ini, kita bersatu di bawah payung PMRAM. Takut bernaung di bawah PMRAM? Takut duit zakat ditarik? Takut dituduh pembangkang? Siapakah sebenarnya yang menjadi pembangkang? Cukuplah kita bermuhasabah diri, merenung diri adakah kita disukai oleh Allah atau sebaliknya. Dalam mengagendakan Islam dan mahu melihat Islam subur di bumi sendiri, bermacam tuduhan dan tohmahan.
Kitalah yang bakal mencorak suasana Islam, bermula diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara. Jika gambaran salah terhadap Islam diberikan kepada mesyarakat, bilakah ummat Islam akan bersatu dan Islam tertegak dengan harumnya. Semuanya bergantung kepada kita. Nak ke tak nak?
Jangan rasa sedih mahupun menangis jika kawan kita mahupun masyarakat di sekeliling kita menarik muka masam kepada kita lantaran mereka ini telah dipasakkan oleh pemikiran dan kepercayaan oleh mereka yang tidak memahami. Jangan biarkan sikap fanatik dan taksub beraja dalam hati. Jangan mudah terpengaruh dengan dakyah yang tidak menentu.
Ada yang mengatakan kita taksub kepada PMRAM. Kita bukan taksub mahupun mengikut PMRAM secara melulu. Jika PMRAM lemah, tolonglah PMRAM di bidang mana yang mampu. Kerana PMRAM itu membawa Islam, mahukan semua mahasiswa/wi di Mesir berfikir dan memahami dalam menentukan kelangsungan kita di sini dan corak Islam sepatutnya. Ramai marah dan tak puas hati. Tepuklah dada tanyalah Iman sendiri.
Berbahagialah golongan yang telah diberi petunjuk dan kesedihan bagi golongan yang ingin melihat Islam jatuh.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment