Friday, April 3, 2009

We Love PMRAM.

Assalamualaikum wrth.

Sudah lama rasanya saya tidak menyiarkan risalah dalam blog ini. Dalam masa artikel terakhir ditulis hinggalah hari ini pelbagai isu dan permasalahan serta peristiwa yang berlaku samada di Mesir mahupun Malaysia. Saya tertarik untuk memberi sedikit jawapan terhadap persoalan yang dilontarkan oleh Tiflu kepada saya dan kawan-kawan. Moga Allah memberkati anda.

1) Adakah anda sayang pada PMRAM? Nyatakan sebab bagi jawapan anda?
PMRAM yang sinonim dengan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir amat dekat di hati para mahasiswa dan mahasiswi khususnya yang berada di Republik Arab Mesir ini. Sebuah persekutuan pelajar yang memberikan kebajikan dan mengendalikan permasalahan mahasiswa-mahasiwi di sini. Saya rasa mahasiswa/wi di Mesir lebih mengetahuinya. Ditubuhkan seawal 1930 dan diasaskan oleh anak-anak Melayu yang mengaji di Mesir. Badan ini berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir.

Mengapa saya sayang PMRAM?
1) Dasar PMRAM adalah Al Quran dan Al Sunnah.
2) PMRAM merupakan sebuah badan kebajikan , sukan, badan ilmu dan merangkumi segala yang berkaitan dengan pelajar kita di sini.
3) PMRAM menbantu anak-anak Malaysia dari sudut keselamatan dan sebagainya.

Dan banyak lagi sebab yang mungkin tidak dapat dinukilkan dengan kata-kata.


2) Apakah pendapat anda mengenai cadangan mengharamkan PMRAM yang sedang hangat diperkatakan sekarang?

Tak kenal maka tak cinta. Nak cinta macamana kalau benci dah beraja dalam perut pedal. Tak kenal lagi pun dah benci. Orang yang menyuarakan untuk mengharamkan PMRAM bukanlah pelajar Mesir, tetapi pelajar Britain. Saya tak pastilah macamana lagi. Suara ini dilahirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Pastilah ianya berbaur politik dan ini sudah pasti kerana parti itu merupakan parti politik dan mereka ada matlamat dan agendanya yang tersendiri. Kalaulah bawa Islam dan apabila mendengar parti itu, semua rakyat Malaysia mahupun yang berada di luar negara ingat parti tu dan ingat Allah mahupun Islam, ini tak apa. Hak sokongan kepada mana-mana parti atau persatuan adalah milik rakyat ,tak ada paksaan. Sokongan bukan mengikut hawa nafsu, tetapi sokongan yang berpandukan kebenaran.

Cadangan pengharaman ini, merupakan perkara yang mengarut. Mengapa ingin mengharamkan PMRAM? Adakah kerana pihak itu tidak dapat berdakwah kepada para pelajar Mesir supaya masuk UMNO lantaran adanya PMRAM? Apa matlamat mereka dan apa yang mereka mahukan sebenarnya?

3) Sekiranya anda sebagai Presiden PMRAM, apakah tindakan yang anda akan ambil bagi menyelesaikan masalah ini?

Masalah ini merupakan perkara yang perlu diambil perhatian. Bukan soal pengharaman sahaja tetapi soal ugutan supaya biasiswa ahli PMRAM ditarik balik. Sungguh zalim. Kalau sokong benda baik, sokong PMRAM yang membawa Islam di sini, menjaga kebajikan mahasiswa/winya hendak diugut supaya diharamkan, ditarik biasiswa dan sebagainya, tak tahulah. Dengkikan PMRAM tak habis-habis. Agak-agaklah jangan sampai jadi musuh Islam dan musuh Allah pula.

No comments: