Antara kita, ya yang bernama kita, kita semua, semua perubahan, tetapi tidaklah bertukar menjadi ultraman mahupun gaban. usia sudak menganjak 1/3 dari umur subsidi. Ya, era umur menjangkau 25 tahun menghampiri 30 tahun memerlukan diri megkhatam dan memenuhi asas-asas ilmu kehidupan. Saya rasa tidak ada seorang pun manusia boleh hidup bersendirian. Tetapi tidak bermakna manusia tidak ada masanya yang tersendiri. Persiapan diri sebelum kembali kepada Allah S.W.T. Umur 25 tahun merupakan umur yang dikira matang, sudah boleh membawa diri dan menguruskan diri. Tidak mengapa sekiranya pada umur tersebut kita baru hendak memulakan episod perubahan diri. maksudnya berubah dari segi sikap, sifat dan segala yang bersangkutan dengan kehidupan.
Berubah sikap, sifat mahupun amalan yang dikira negatif kepada sifat, sikap dan amalan yang positif. Begitu juga berubah dari keadaan baik kepada yang lebih baik. Bermula perubahan dengan menyusun jadual kehidupan dari sudut pengurusan ibadah, muamalat dan sebagainya. Kewajipan yang telah ditaklifkan oleh Allah S.W.T dapat ditunaikan secermat mungkin, soal solatnya, puasanya dan ibadah-ibadah yang lain. Pengurusan waktu juga perlu dititiberatkan khususnya kita selaku penuntut ilmu tidak kira pengajian Islam mahupun perubatan. Jadual aktiviti kehidupan harian disusun rapi agar masa tidak terbuang begitu saja.
Kita sekarang ini berada dalam fatrah musim sejuk. Pastinya menjadi satu kenikmatan tidur berbalutkan
Berubah? Secara fitrahnya manusia mencintai kebenaran dan kebaikan. Namun kita sering diberi gambaran enak tentang kebatilan. Membuat sesuatu kesalahan sebagai suatu aktiviti yang elok padahal ianya akan meninggalkan kesan yang tidak elok kepada emosi dan rohani kita khususnya. Hidup menjadi tidak tenteram dan kusam. Tiada keceriaan. Kebatilan yang merajai diri akan menjauhkan kita dengan rakan-rakan dan akhirnya kita berasa terasing. Sifat seperti pentingkan diri dan sifat mazmumah yang menguasai diri akan menutupi kebenaran. Hidup kita akan menjadi kosong. Sebagai contoh kita bersifat pembengis, ego dan terlampau dalam bergaduh atau terlampau dalam bersangkutan pergaulan, kawan-kawan kita akan lari daripada kita.
Sudah tiba masanya untuk berubah, walau kata-kata ini pernah diungkapkan bertahun-tahun yang lampau. Sikap berlengah-lengah dan malas akan membantut proses perubahan. Dengan niat tulus suci kerana Allah S.W.T kita berubah. Semoga berjaya.
No comments:
Post a Comment