Thursday, November 6, 2008

Kuliah Menggamit Kembali.

Assalamualaikum wrth. Kuliah menggamit kembali. Sedar atau tidak begitu pantas sekali masa berlalu. Macamana halnya dengan kuliah sahabat-sahabat semua. Adakah segala urusan berkaitan pembayaran yuran dan pendaftaran sudah beres. Dan bagaimana pula kitab-kitab yang harus dibeli. Menjadi rutin tahunan kita akan lalui hal ini. Bertemu Syu un, membayar yuran, mendapatkan tasdiq kuliah samada untuk tujuan membuat visa atau untuk urusan-urusan yang berkaitan.

Urusan membeli kitab juga menjadi suatu pengalaman yang sukar dilupakan. Pelajar perlu mencari maktabah yang manakah yang menjual kitab-kitab yang akan digunakan untuk pengajian nanti. Setelah bertemu maktabah yang dicari, perlu beratur atau pun terpaksa berebut dengan sahabat-sahabat warga tempatan yang berpusu-pusu ingin membeli kitab kuliah. Kalau bernasib baik, tidak perlu beratur panjang atau berebut jika tidak ramai yang datang membeli kitab.

Jika semua urusan di atas selesai, maka dengan rasminya bermulalah satu perjuangan bagi kita semua yang bergelar mahasiswa. Pelbagai cabaran pasti akan dihadapi. Bertepatan dengan musim sejuk. Terkadang terlewat ke kuliah dan tertinggal kelas. Ataupun dewan kuliah telah pun penuh sehingga terpaksa mendengar sayup-sayup suara Doktor dari luar. Terkadang semangat merudum. Entah kenapa. Mungkin perlukan perancangan yang baik. Merancang masa belajar dan aktiviti hidup seharian.

Diri rasa malu kerana usaha dalam memungut ilmu pengetahuan terkadang kurang. Bercampur baur antara sifat malas dan rajin. Namun, melihatkan sahabat-sahabat lain bersungguh-sungguh mengejar yang bernama kejayaan, perasaan malas dan rajin berperang. Malu dengan diri. Pesan kepada diri agar mencontohi sahabat-sahabat yang tekun berusaha mencari ilmu, menambah pengetahuan dan pengalaman.

Semoga thabat dalam menuntut ilmu dan mengharungi liku-liku kehidupan. Selagi mana tidak dijemput-Nya selagi itulah perjuangan harus diteruskan. Wassalam.

No comments: