Monday, December 22, 2008

Ceriakan Hidup Anda!

Assalamualaikum wrth. wbh.

Bermula semalam jika tidak silap saya menduga dan amati, cuaca di bumi Zagazig semakin sejuk dan hari ini angin kuat bertiup dan walau sinar mentari menembusi awan,rasa kesejukan tetap terasa.Dalam fatrah yang terdekat ini, kuliah bagi semester ini menemui penghujungnya. Mahasiswa telah diberikan silibus atau muqarrar bagi exam nanti. Pun begitu ada juga silibus yang belum diberi oleh Doktor.

Musim sejuk begini mengingatkan saya keadaan tengkujuh di Malaysia. Pergerakan terhad dan berkurung di rumah sambil menikmati makanan dan minuman panas. Tetapi di sini berbeza. Walaupun musim sejuk, kita perlu bergerak. Berada di rumah juga kadangkala tidak bagus untuk kesihatan. Rumah tertutup dan pengudaraan yang tidak sempurna boleh menyebabkan kita jatuh sakit. Pastikan memakai pakaian tebal dan ketika hendak tidur berselimutlah juga dengan selimut yang tebal. Seringkali saya terbatuk-batuk ketika tidur malam dan pada sebelah paginya diserang bersin yang panjang. Jagalah kesihatan.

Dalam fatrah terdekat ini juga, sudah pasti aktiviti membaca mahupun menghafal sedang rancak dijalankan. Samada dijalankan secara bersendirian mahupun membuat studigrup. Sedikit ingin saya sentuh tentang studigrup ataupun belajar secara beramai-ramai, ianya meninggalkan kesan kepada diri kerana kita dapat bertukar maklumat atau untuk mengambil semangat kawan-kawan yang belajar. Belajar bersendirian kadangkala membuat kita stress mahupun hilang semangat untuk membaca. Tetapi perlu juga belajar atau membaca bersendirian ketika mana kita memerlukan konsentrasi untuk menghafal atau waktu exam sudah terlalu dekat.

Kirimlah sms atau telifonlah kawan-kawan anda untuk bertanyakan khabar mereka. Sihatkah atau sebaliknya. Sekurang-kurangnya rasa boring mereka terubat. Ada juga kawan-kawan yang memerlukan semangat atau motivasi. Ada yang tidak dapat membaca mahupun menghafal buku dengan baik. Bagilah tips kepada mereka supaya mereka juga berjaya.

Hubungan yang yang paling penting iaitu hubungan dengan Allah hendaklah dijaga, bukan difokuskan kepada peperiksaan sahaja tetapi mencakupi kehidupan kita.Mudah-mudahan kita menjadi hamba-Nya yang soleh. Keberkatan ilmu dan kehidupan akan dirasai. Hubungan dengan kawan-kawan juga dijaga. Jadilah orang yang faham dan memahami letak duduknya kita supaya kita dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni. Berilah sepotong nasihat kepada kawan-kawan kita kerana ianya merupakan perkara agama.

Kita perlu bijak untuk memberi nasihat mahupun ingin mengubah mentaliti kawan-kawan kita yang bermasalah. Jika sudah tiada jalan untuk berdakwah kepadanya, berilah kredit kepadanya dalam doa kita. Doalah semoga kawan-kawan kita berubah dan berjaya. kita sebenarnya yang akan untung. Pekakkan telinga terhadap kata-kata manusia kerana mereka tidak mengerti. Adakah kamu ingin menjadi tidak mengerti seperti mereka? Sepatutnya pada tahap kita ini, kita sudah boleh menguruskan permasalahan yang berlaku di sekeliling. Tapi tidak mengapa jika ini merupakan permulaan kita untuk menjadi seorang pendakwah.

Jangan rasa sedih, murung dan mandom jika ada insan yang megkritik mahupun menegur kelakuan dan sikap anda.Selamilah teguran ini dengan pemikiran yang terbuka dan tulus suci. Jangan anda marah. Seketika kita memerlukan muhasabah diri atas apa yang kita lakukan. Pada diri kita apa sahaja yang dilakukan adalah elok dan cantik. Apa pula kata-kata mahupun pendapat kawan-kawan mahupun orang ramai terhadap kita. Kita perlu bermuhasabah dan menilai pendapat yang diberikan. Janganlah berburuk sangka kepada mereka. Di sinilah sebenarnya kita ingin mengukur sejauh manakah kita memahami kerja buat kita. Adakah ianya dilakukan atas dasar kefahaman atau semangat semata.

Jangan dilupa juga telifonlah mahupun smslah keluarga di kampung. Ibu, ayah, atok, nenek mahupun abang, adik akak kita menantikan penuh harapan. Lebih-lebih lagi orang kampung. Mereka rindukan kita di sini dan berharap kita dapat memberikan sedikit sebanyak sumbangan kepada masyarakat kita nanti.Mereka sentiasa mendoakan semoga kita berjaya. Insya Allah usahakanlah semoga doa meraka dimakbulkan oleh Allah.

Akhir kalam. Ceriakan dirimu. Jangan ragu-ragu lagi untuk mara mencapai kecemerlangan yang ingin digapai.Kejayaanmu juga merupakan lambang kejayaan umat Islam dan Islam khususnya. Salam ceria selalu dan selamat membaca! Wassalam.

No comments: