Tuesday, November 30, 2010

Jom sayang diri dan kawan-kawan.

Assalamualaikum wrth wbh.

Kepada siapa lagi hendak mengadu. Doa sentiasa dipanjatkan kepada Allah agar diberi bantuan dan hidayah-Nya agar diri dan kawan-kawan sentiasa berada atas jalan-Nya.
Mungkin kita tidak mahu peduli apa-apa perkara pun yang berlaku di sekitar kita. Masalah diri saja yang dipentingkan. Masalah orang lain atau kata ringkasnya masalah umum tidak mahu kita peduli.Sedangkan kita inginkan umat Islam bersatu.

Apabila musuh agama membantai umat seakidah di negara lain, kita cepat bersuara. Tetapi apabila kita diseru untuk bersatu hati dan mencipta kebahagiaan di atas muka bumi yang sementara ini, kita tidak mahu. Orang yang memahami hanya memandang sedih sikap kita. Cakap banyak pun tidak bermanfaat kalau tidak diamalkan.

Kita mudah terpengaruh dengan umpatan, hasutan, mudah terikut dengan orang itu, orang ini tanpa menyelidiki adakah kita memilih jalan benar atau salah. Kita hanya menzahirkan kekesalan apabila menyedari hakikat sebenar suatu berita.Sikap taksub yang tidak terpimpin hanya akan merugikan kita di dunia atau di akhirat.

Ketika diminta bersatu kita tidak mahu.
Fitnah, umpatan sudah biasa. Tak malu ke kepada sahabat setia di kiri kanan?
Mesir serupa ke macam Malaysia? Hanya yang memahami akan mengerti.
Jom berfikir dan mencipta bahagia dalam diri dan orang lain.

No comments: