Saturday, November 27, 2010

Berfikiran jauh.

Assalamualaikum wrth wbh.

Semoga para sahabat sekelian sihat sejahtera di samping orang tersayang.

Alhamdulillah marilah sama-sama kita renungi dan syukuri nikmat pemberian yang begitu berharga dalam hidup ini iaitu akal. Akal yang sejahtera memandu diri ke jalan ketaatan dan ketenangan.Kalau fikiran kita berserabut, kerja buat kita sedikit sebanyak akan terganggu.

Saja saya ingin menulis. Perbezaan akal antara orang lelaki dan wanita. Tetapi pada hakikatnya semuanya itu adalah pemberian daripada Allah yang sudah pasti memiliki seribu satu hikmah.

Ada orang kata wanita berfikiran pendek dan lelaki berfikiran jauh dan nafsu lelaki ada 1 dan wanita memiliki nisbah 9. Tanpa bimbingan dan keseimbangan antara keduanya akan menyebabkan kecelaruan dalam kehidupan dan pengurusan diri.

Dengan ciri yang ada pada diri dua gender ini, diri dipandu dengan benar untuk beramal dengan kebenaran. Dan jangan biarkan diri dimanipulasi oleh unsur negatif, yang sentiasa ingin menjauhkan diri dari kebenaran.

Dalam memandu diri, dan memastikan diri sentiasa tetap atas jalan Allah, sebarang nasihat, panduan dan bimbingan amatlah diharapkan.

Saya ulangi, jangan biarkan diri kita terikut-ikut dengan nafsu diri. Jangan biarkan diri mudah terbuai dengan kata-kata manis yang pada hakikatnya membawa kita jauh dari kerendahan hati.

Sebagai contoh, bercouple. Ada yang berhujah, saya bercouple ini kerana di zaman ini golongan lelaki semakin berkurang dan ramai yang terjebak dengan perkara negatif. Jadi tindakan pendeknya kita perlu cari pasangan, tanda awal. keluar dan sebagainya. Pada hakikatnya kita telah mencipta dan membentuk golongan lelaki yang bakal dimasukkan ke dalam golongan yang kita definasikan sebagai negatif.

Ubatnya adalah kahwin. Mengapa kita mudah melenting sekiranya ada pihak yang menasihati dan mempersoalkan kenapa kita bercouple, keluar berdua-dua di waktu siang atau malam, berjalan di negara Mesir ini. Kita dengan mudah mempersoalkan hikmah, dakwah yang tak kena dan sebagainya. Kita mudah beralasan dan bijak mencipta alasan.

Fikirlah sendiri untuk kebahagiaan generasi masa depan. Kembalilah ke jalan yang dirintiskan oleh para Rasul A.S.

Wanita, peliharalah kelembutanmu.
Lelaki peliharalah ketegasanmu.
Satukan keduanya atas jalan yang dibenarkan oleh Allah.
Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang.

No comments: