Assalamualaikum wrth wbh.
Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia dan dapat menjalani ibadah puasa dan ibadah lain yang dapat mendekatkan diri dengan Allah Taala.
Sehari demi sehari umur kian bertambah. Uban di kepala pun kian subur tumbuh. Adakah diri sudah benar jinak dengan Allah atau masih lagi lemah. Benar diri sungguh lemah. Ya Allah! Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Menciptakan diri ini. Dan Engkau Maha Mengetahui tentang diri ini. Pimpinlahlah hamba-Mu ini kearah jalan-Mu
Sesungguhnya tiada siapa yang dapat membantu melainkan Allah. Tiada siapa yang dapat memberi petunjuk melainkan Allah jua. Dan tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa manusia melainkan Allah!
Hati dijernihkan. Hidup diselaraskan atas jalan-Nya. Niat sentiasa diperbaharui agar mendapat redha-Nya.
Dan kepada para sahabat, maafkan diri ini andai ada salah dan silap serta khilaf dalam kehidupan. Moga Allah mengampuni dosa kita semua.
Ahlan ya Ramadhan.
Bumi Mesir kian merasai kehadirannya. Lampu Alfanus kian bertambah untuk menghiasi jalanan mahupun rumah umpama sambut hari raya. Mercun pun kini kedengaran. Adakah sayu hati berada ribuan batu dari tanah air, di rantauan orang. Hanya yang mengerti akan memahami erti perjuangan penat lelah di bumi orang.
Salam Kemerdekaan.
Tanggal 31 Ogos 1957, Negara kita Malaysia secara rasmi telah merdeka dari pemerintahan British. Dan Alhamdulillah Malaysia semakin maju berdikari dan bergerak seiiring dengan Negara merdeka yang lain. Nikmat kemerdekaan adalah suatu nikmat yang begitu berharga dan patut disyukuri.
Di bumi bertuah ini kami anak rantauan menyambutnya dengan gembira sebagai ingatan dan kenang-kenangan. Pihak persatuan di sini iaitu PMRAM( Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir) telah mengadakan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53 di Kaherah. Kami dari pelbagai negeri berkumpul meraikannya. Kesatuan dan ukhuwwah yang terbina akan meneguhkan lagi erti kemerdekan Negara kita yang tercinta.
Isilah kemerdekaan ini dengan setinggi-tinggi kesyukuran. Kenanglah mereka yang bersusah payah memperjuangkannya. Perteguhkan Islam dan terimalah Islam keseluruhannya. Tidak kira ras mahupun bangsa. Yang paling utama adalah Islam dan kefahaman yang jelas erti hidup sebagai hamba-Nya. Kita mulia kerana Islam dan bukan semata-mata kerana rupa mahupun kecerdikan.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment