Monday, August 16, 2010

Kesatuan Hati Dan Iman

Assalamualaikum wrth wbh.
Kita bertemu lagi dalam ruangan blog ini. Moga memberi manfaat dan kita dapat berkongi ilmu yang berguna. Ambillah sekiranya membawa kebaikan. Tinggalllah atau muhasabahlah ia sekiranya buruk.
Kesatuan hati dan iman. Inilah tajuk yang penting. Ada sesuatu yang bersarang dalam hati yang ingin dikhabarkan. Namun sukar diterjemahkan. Risau dan bimbang seandainya kurang tepat dan salah. Pun begitu saya cuba menterjemahkannya.
Kami di sini seringkali dikejutkan dengan pelbagai isu yang melibatkan persatuan mahupun kesatuan.Kami di sini lebih memahaminya. Beberapa buah negeri di Mesir kedapatan anak-anak Malaysia kita belajar dan menimba ilmu dalam pelbagai jurusan Usuluddin, Syariah, Bahasa Arab mahupun Perubatan. Negeri tersebut seperti Iskandariah, Damanhur, Tanta , Zagazig, Syibin El Kom, Tanta, mansurah, Damietta mahupun di Kaherah sendiri dan Syubra bagi pengajian ilmu Qiraat. Keberadaan mereka di negeri-negeri tersebut ekoran pengagihan mahasiswa ke luar Kaherah sekitar awal 90-an. Maka pihak persatuan PMRAM telah berusaha menubuhkan cawangannya di negeri-negeri tersebut bagi memudahkan urusan kebajikan para mahasiswa.
Kehidupan para mahasiswa sekurang-kurangnya tersusun dan diisi dengan pelbagai pengisian bermanfaat.
Pihak pengurusan mahasiswa dari Malaysia perlu menjalinkan kerjasama dengan pihak persatuan.
Mahasiswa baru perlu jelas dalam mendapatkan berita berkenaan dengan suasana dan kehidupan masyarakat setempat. Hak serta keperluan seperti tempat tinggal, komunikasi, urusan kuliah, urusan jual beli dan yang paling penting hal keselamatan. Memang benar penduduk tempatan baik dengan pelajar dari Negara luar, tetapi soal keselamatan jangan diabaikan. Mahasiswa baru perlu mendapat tunjuk ajar dalam menjalankan urusan mereka. Dalam erti kata lain mereka memerlukan fasilitator mahupun penunjuk cara. Lama kelamaan mereka akan serasi dan mengalami sendiri pengalaman hidup di bumi orang.
Ketetapan mahupun peraturan yang digubal oleh persatuan bukanlah berniat untuk menyusahkan para mahasiswa, tetapi untuk menjaga kebaikan bersama. Harus disedari bahawa bukan saja kedapatan mahasiswa Malaysia di sini, tetapi kita hidup bersama rumpun mahasiswa Indonesia dan Thailand. Kebersamaan ini dijaga zaman berzaman. Moga Allah Taala memberkati usaha ini. Soal keselamatan dan kebajikan para mahasiswa dititiberatkan. Pihak persatuan tidak mendapat gaji dari usaha persatuan ini. Mereka hanya menuntut kebersamaan dan kesatuan.
Berada jauh dirantauan mahasiswa perlu berdikari dan gagah mengharungi kehidupan. Latar masyarakat setempat sedikit sebanyak menguji diri. Mesir. Rangkuman huruf Arabnya Mim, Sod dan Ra. Mim musibah. Sod sabar dan Ra redha.
Selamat menuntut ilmu di bumi yang mana pernah dijejaki oleh para Nabi dan juga Rasul. Dan juga pernah dijajahi oleh Firauan dan sekutunya.
Wassalam.

No comments: