Seandainya kau tahu,
Kau pasti menangis,
seandainya kau tahu,
kau kan tertawa.
Matlamat kehidupan adalah akhirat,
Dunia hanyalah tempat berkerja,
Berbakti kepada Yang Esa,
Selaku hamba-Nya.
Seandainya kau tahu,
kau pasti merindukan,
Seandainya kau tahu,
Kau pasti menjauhiku sejauhnya.
Namun seandainya kau memahami,
Kau pasti mengerti,
Siapalah aku di sisimu,
Pengembara sepi.
Walau jarak kita beribu batu,
Jauh dari mu,
Tapi itu semua bukanlah halangan,
Untuk mencari redha Tuhan.
Islam tetap gemilang,
Walau umatnya sering ketinggalan,
Hanya yang memahami,
Akan cuba mengembalikan kegemilangan.
Kita bukanlah pemula kepada perjuangan,
Bukan juga pengakhir kepada perjuangan ini,
Kitalah mata rantaian,
Yang menyambung perjuangan para nabi dan orang-orang terdahulu.
Seandainya kamu tidak mahu meneruskan perjuangan ini,
Tidak mengapa,
Ada insan lain yang sudi,
Ada antara mereka ini bukanlah hebat di matamu,
Yang memisahkan adalah kefahaman yang benar tentang Islam.
Ketika ada yang inginkan kesatuan,
Ada jua yang ingin memisahkan,
Moga kesatuan terus mendapat ganjaran,
Dan perpecahan pasti melambatkan kemenangan Islam.
Lihat ke dalam diri,
Adakah kebenaran bersemi atau kejahilan masih tersisa,
Aku bungkam,
Aku tidak tahu apa yang perlu dilakukan,
Aku sedih,
Aku begitu lemah,
Kerana aku tahu kerana kedhaifan diri ini kau tersasar,
Kerana jarak ribuan batu ini kau terabai,
Siapalah aku??
Doa ku kirim moga kau berbahagia dan menemui kebenaran.
Kerana aku tidak bisa meluahkan segalanya,
sesal diri,
Kau hebat, gunalah kehebatanmu untuk Islam,
Perpecahan akan melengah-lengahkan kebangkitan Islam.
Seandainya kau tahu,
Kau pasti menemukan kebenaran,
Seandainya kau tahu,
Kau pasti menghargai kelemahan dan menerima kelebihan.
Seandainya kau tahu pasti Islam itu dijulang,
Kebenaran tetap berada dalam genggaman,
Walau seluruh manusia hancur berantakan,
Apalah yang boleh aku lakukan,
Untuk membantumu.
Teruskan perjuangan,
Walau kesepian,
ditinggal jauh,
walau ditertawakan,
walau dibenci,
kerana sekiranya kau tahu,
kau dan aku menjadi hamba Allah yang bersyukur....
No comments:
Post a Comment