Friday, November 4, 2011

Salam Idul Adha.

Assalamualaikum wrth wbh.

Salam Idul Adha saya ucapkan kepada para sahabat yang berada di perantauan mahupun berada di Malaysia. Semoga sihat dan dapat menjalani kehidupan ini dengan tabah dan kuat semangat.

Idul adha amat sinonim dengan pengorbanan dan kesabaran. Saya percaya dan yakin para sahabat juga pernah mengharungi detik getir dan pahit yang memerlukan pengorbanan dan kesabaran.

Sabar bermakna sahabat mendapat pahala dan redha Allah. Susah hendak sabar tapi itulah hakikat kejadian sifat manusia. Allah jadikan ia sebagai ubat untuk muhasabah diri dan mengingati hakikat kehidupan. Pasti Allah akan memberikan penjelasan di Hari Kebangkitan nanti. Manusia akan dihadap satu persatu. Dinilai ditimbang dihisab. Rahmat Allah S.W.T dan syafaat Nabi Muhammad S.A.W sentiasa didambakan.

Apapun terima kasih saya ucapkan kepada para sahabat yang berada di bumi Mesir yang bersabar dengan diri saya. Moga kesabaran kalian Allah berikan syurga. Hidup ini akan berjalan sehingga putaran nyawa terhenti.

Hari demi hari azam dan kata-kata semangat ditiup jauh ke dalam diri. Positif dalam kehidupan, memperbaiki amalan, akhlak, adab dan yang paling utama adalah menjadi orang yang faham.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

Wassalam.

1 comment:

AbdulRazakShams said...

Assalam.

Terdetik di hati saya ingin menziarah tanah Mesir awal tahun hadapan. Lalu saya mencari bahan bacaan mengisahkan keselamatan di negara tersbut, namun tiada jawapan yang pasti.

Ingin bertanya, adakah saudara masih di Mesir? jika ya, sudilah berkongsi perihal keamanan di sana, kerana tiada sumber lebih baik dari orang sendiri.

Andai tidak stabil, saya terpaksa menangguhkan hajat sekian lama untuk menjejak Giza.

T.kasih jika sudi membalas.
ajaxshams@gmail.com

Abdul Razak