Wednesday, March 2, 2011

Merlimau dan Kerdau.

Assalamualaikum wrth wbh.

Kehangatan Pilihanraya kian terasa. Petugas parti samada dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional bertungkus lumus untuk mendapatkan 2 kerusi penting pada masa ini. Kerusi yang sinonim dengan kuasa dan pemerintahan.

Merlimau dan Kerdau. SEtiap parti yang bertanding membawa manifesto yang tersendiri. Adakah kita bebas dalam menentukan siapa yang akan menang? Sudah pasti secara hati sucinya proses perlu betul dalam memenangi pilihanraya.Tidak ada tangan ghaib. Kita sendiri tidak mahu ditipu.

Penduduk Merlimau dan Kerdau adalah bijak. Mereka tidak dipaksa untuk mengundi parti-parti yang bertanding. Tetapi mereka mengundi kerana Allah. Mereka mahukan kesejahteraan. Mereka bebas mengundi. Tiada ugutan dan ancaman. Kebajikan adalah hak mereka.Bukan boleh dipergunakan dan dibeli. Satu undi menentukan adakah mereka mendapat pahala atau dosa.

Di Mesir, pemerintah Mubarak mengamalkan demokrasi sehala. Pilihanraya diadakan tetapi apabila pembangkang turut serta pelbagai halangan dikenakan untuk menggagalkan mereka. Dan terakhir, pilihanraya sebelum Mubarak digulingkan.Disebabkan ada masalah pihak lawan ada yang menarik diri. Apakah gunanya lagi sebuah pilihanraya diadakan sekiranya sekadar untuk menganiayai rakyat. Keputusannya, pembangkang menarik diri dari pilihanraya. Nadanya berbunyi lebih kurang: Ambillah kuasa yang kamu inginkan. Jangan zalimi rakyat.Dan sememangnya rakyat jelata Mesir hidup dengan sederhana dengan gaji yang murah. Hasilnya rakyat turun membanjiri Dataran Tahrir.

Namun di negara kita Malaysia, pilihanraya masih boleh diterima sebagai proses demokrasi untuk memilih pemerintah. Cuma yang tinggal ketelusan dan usaha yang benar dan betul untuk menang. Anggaplah Allah sedang melihat kita. Tidak salah jika rakyat memilih mana-mana parti. Mereka tetap rakyat Malaysia dan layak untuk dibantu. Walau ianya berlawanan parti dengan pihak tuan.

Wassalam.

No comments: