Sunday, August 1, 2010

Sajak Pejuang!!!!!

Assalamualaikum wrth wbh.

Saya hidangkan sajak ini untuk santapan tuan dan puan para pejuang agama!!!

Pejuang!
Kamu bukan pemula perjuangan!
Dan bukan juga pengakhir kepada perjuangan Islam.
Bukan orang yang pertama dan mereka yang terakhir!!!
Bukan mereka yang pertama mengeluh dan tersungkur!
Bukan mereka pertama yang kecundang kalah dihina
Ditinggalkan!
Bukan kamu yang pertama sesak miskin habis harta!
Bukan kamu!!!!!

Bukan kamu sorang yang merasa sengsara derita!
Bukan kamu seorang sendirian!
Adakah kamu lupa?
Kamu ada Tuhan!
Dia yang Mencipta kamu!!!
Kamu diancam, dihina kerana membawa obor Agama,
Adakah kamu lupa Dia ada?

Biarkan mereka tinggal kamu,
Benci kamu,
Hina kamu,
Tak peduli,
Biarkan..
Kamu masih ada Allah!!!!
INGAT!!!!
Kamu masih ada Allah!!!

Siapa lagi yang mahu berikan nafas,
Harapan,
Secebis semangat untuk kamu,
Melainkan Dia?

Kibarkan panji perjuangan,
Biar kalah tewas sendirian, Ditinggalkan,
Kebenaran pasti mendapat pembelaan!!
Asal kamu atas jalan-Nya!
Selamat Berjuang!

1 comment:

sufi_jihadi said...

salam..sihat ka naqiu?