Monday, August 16, 2010

Musim Pulang.

Assalamualaikum wrth wbh.
Sehari dua ini ramai kawan-kawan yang pulang ke Malaysia. Pulang kerana tamat belajar atau pulang bercuti. Segala ilmu yang ditimba dan dikutip selama mana berada di bumi berkah ini ditatang rapi dan dibawa sebagai ole-ole buat umat yang sedang menanti. Bagi yang telah selesai pengajian di sini, sudah pasti kenangan indah, pahit getir mahupun susah senang menjadi azimat yang berharga dalam hayat kehidupan.
Kepulangan yang dinantikan.
Medan perjuangan luas terbentang.

Wassalam.

No comments: