Monday, January 19, 2009

Hati Suci

Assalamualaikum warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

Imtihan.

Alhamdulillah imtihan bagi fasa pertama ni sudah tamat pada 18/1/09. Fasal kedua pula dinanti dengan berbaki 3 kertas peperiksaan. Moga-moga najah dan naik tahun 4. Jiwa terasa kosong jika tiada pengisian lantaran cuti dan masa yang ada. Diri perlu merancang masa dengan sebaiknya.

Palestin.

Dalam kesibukan peperiksaan dan musim sejuk yang mewarnai Mesir dan negara sekitarnya, bumi Palestin tidak sunyi dari pencerobohan zalim tentera Yahudi laknatullah. Gaza menjadi medan hamburan senjata mereka dan membunuh mencecah seribu lebih warga Palestin. Mereka mati syahid. Ribuan lagi cedera termasuklah yang kritikal. Berita perkembangan Palestin bolehlah diikuti melalui laman blog: www.minipavillion.blogspot.com dan www.palestinkini.info.

Zionis tidak dapat menipu dunia. Penduduk Islam juga tidak dapat melupakan sejarah Palestin yang agung dan pencerobohan serta pengusiran warga Palestin dari tanah sendiri. Bumi Palestin terpecah dua: Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Tebing Barat dikuasai oleh Fatah dan Semenanjung Gaza ditadbir oleh Hamas yang tidak diiktiraf Amerika. Siapa Amerika? Merekalah yang merestui kezaliman Yahudi di bumi Palestin. Tindakan Yahudi dipertahankan dan mereka diam membisu. Seolah-olah satu dunia takut dengan negara ini. Sudah hilangkah nilai kemanusiaan dalam hati mereka? Berperang menentang keganasan sering menjadi moto.

Orang Palestin yang mempertahankan negara mereka daripada penjajah zalim Zionis Yahudi dianggap sebagai pengganas. Pada Yahudi senjata yang dimiliki oleh rakyat Palestin khususnya daripada pihak Hamas perlu dilucutkan. Israel mengebom sempadan Palestin-Mesir di Rafah bagi menghalang penyeludupan senjata. Dengan senjata apakah yang mereka boleh pertahankan diri mereka sedangkan Zionis bersejatakan Apachee, kereta kebal dan segala jenis sejata canggih.Bagaimana pula fosforus yang digunakan? Itukan senjata kimia. Siapakah pembekal sejata itu kepada Israel?

Qunut Nazilah seringkali dibaca di Masjid Namursi, Qaumiah, Zagazig. Syeikh Khalid juga lantang memberi ceramah selepas solat Isya' yang menyentuh tentang Gaza. Tidak ada apa yang boleh dilakukan saat ini melainkan doa supaya dihancurkan Yahudi dan orang yang membantu mereka dan semoga Allah membantu pejuang-pejuang Islam di Gaza. Palestin dan di seluruh dunia.

Kita berada dalam keadaan terpisah disebabkan dasar pecah dan perintah yang telah diterapkan oleh penjajah. Seolah-olah Gaza bersendiriaan.Sekiranya negara Arab bersatu atas Islam, pasti Amerika dan Yahudi tidak berani mencabul kedaulatan Palestin. Hanya perselisihan pendapat dan kefahaman di antara penduduk Islam menyebabkan kita rugi. Ramai umat Islam menjadi mangsa pihak musuh. Bilakah Salahuddin Al Ayyubi moden akan bangkit untuk membebaskan masyarakat Islam dan dunia seluruhnya dari kezaliman ini...

No comments: