Wednesday, December 8, 2010

Salam Hijrah.

Assalamualaikum wrth wbh.

Semoga para sahabat sihat dan ceria selalu. Suhu sejuk kian terasa. Ada kawan-kawan khususnya di Zagazig demam selsema. Moga diberi kesembuhan oleh Allah.

Umat Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan Hijrah. Dan Hijrah mengingatkan kita kepada Rasulullah S.A.W. Rasul tercinta. Dua benda paling berharga menjadi harta pusaka umat Islam iaitu Al Quran dan Hadith yang menjadi panduan dan pedoman hidup dalam dunia ini.

Umat Islam tidak seharusnya lupa dan lalai dalam mengingatkan sejarah diri. Islam bukan khusus untuk orang Arab bahkan seluruh bangsa Melayu, Cina, India hatta Amerika.
Yang menyamakan kita adalah agama.

Kembalilah kepada hidup beragama. Islam adalah agama Allah. Kemuliaan manusia adalah kerananya. Cuma dakwah di Malaysia harus digerakkan. Lihatlah bangsa Cina di China dan bangsa India di negara India sendiri. Ribuan umat tunduk dan patuh kepada Allah. Mengaku bahawa Allah adalah Esa. Dan muhasabahlah bangsa Melayu sendiri. Kuatkanlah keimanan dan rendahkan hati menuju Ilahi.

Lihatlah sejarah pejuang lampau yang ingin mempertahankan Islam. Mereka diburu, dibunuh kejam kerana menegakkan kebenaran. Tetapi mereka dikenang sebagai pemberontak. Ingatkah kita pada Almarhum Tuk Janggut di Kelantan dan pejuang lain sepanjang zaman di negara kita? Atau sejarah telah diseleweng jauh oleh agen-agen musuh?

Insya Allah kita semua beriman pada suatu masa nanti Islam akan gemilang dan kebatilan akan dihancurkan secara paksa atau rela!

Sahabat yang masih menuntut di kejauhan ini, jadilah individu yang faham. Jangan mudah diperalatkan oleh anasir yang ingin lihat kita berpecah dan jauh hati. Kehancuran bagi mereka yang inginkan kehancuran dan fitnah.

Moga Allah menunjukkan kita ke jalan kebenaran.
Wassalam.

No comments: