Saturday, October 23, 2010

Kita Saudara.

Assalamualaikum wrth wbh.

Semoga saudara saudari berada dalam keadaan sihat sentiasa. Pertemuan dalam alam maya ini moganya mendapat manfaat jika ada.

Mahasiswa perlu menulis untuk menyatakan pendapat mereka. Timbanglah dengan benar. Roh muda biasalah sekiranya agak panas dan mudah melatah. Namun jika kita lebih memahami jiwa muda, marilah sama-sama kita berkongsi ilmu. Carilah noktah persamaan dan bukannya titik perbezaan.

Saya lebih suka menyentuh isu yang berada di sekitar bumi Zagazig, bumi yang saya sayangi, yang memberikan ruang untuk saya berteduh hampir 4 tahun. Zagazig sungguh indah. Namun bukanlah bermakna ianya sempurna sama sekali dan tiada cacat cela.

Maaf jika tulisan ini membuka sedikit ruang mahupun jurang antara kita. Saya suka berbicara melalui hati. Kerana manusia yang ada hati dia akan menilainya dengan kesedaran. Orang Mesir yang keras pun bisa terkesan apabila kita benar-benar berbicara melalui getusan hati.Saya harapkan ada satu penyelesaian dan kita akan hidup dalam kebahagian. Bukan saja di dunia bahkan dapat duduk bersama Rsaulullah S.A.W di syurga kelak.

Saya hanya tulis point di bawah. Dan sedikit huraian jika ada.
1. Saya tidak ada bukti kukuh tapi saya tidak inginkan pembaca percayanya. Cuma dengarlah saja. Satu tuduhan oleh pihak tertentu mengatakan di Mesir mahasiswa baru akan disambut oleh Firaun, mahasiswa belajar sampai bernikah kahwin dan suka buat bisnes.Saya cukup terasa dengan pernyataan tadi.
Apabila memandang mereka-mereka yang telah dibrainwash oleh pihak tertentu tersebut.

Jawapan saya kepada mereka:
Maaf kami bukan Firaun. Kalau Firaunpun biarlah yang beriman. Begitu banyak dari kaum Firaun yang beriman sampai kini. Ramai ahlil bait Nabi S.A.W berhijrah ke sini.

Mahasiswa yang bernikah kahwin biarlah mereka nak kahwin. Ini merupakan satu perkara murni.Perkara ini dibolehkan agama. Adakah kita berbangga hidup tak terurus bercampur gaul antara dua gender. Di Mesir banyak kes-kes mahasiswa kita sendiri. Tanyalah mereka yang lebih faham keadaan di sini. Mesir bukan Malaysia.

Mahasiswa ada yang berniaga kecil-kecilan. Ada juga yang buka restoren. Yang buka restoren adalah daripada sahabat Indonesia kita. Salahkah mereka berniaga? Mahasiswa kita sudah terbiasa makan di kedai mereka.

2. Soal persatuan pula. Saya tidak memahami mengapa individu mahupun pihak tertentu begitu keras dengan persatuan. Saya tidak memahami sikap mereka. Apa yang mereka inginkan? Natijah dari sikap ini, kita boleh lihat dari sikap mahasiswa kepada persatuan. Kemesraan kurang. Mungkin saya sebenarnya yang kurang mesra dan tidak menziarahi mereka. Atau segala keperluan sudah tercapai.

Ada perkara yang boleh kita fikirkan bersama:

Contoh kes: Ada di kalangan mahasiswa yang membayar le 10 000 kepada tuan rumah warga Mesir untuk menyiapkan rumah yang mereka ingin duduki.

Saya tidak ingin menyalahkan mahasiswa tersebut seratus peratus lantaran mereka baru. Di manakah pengurus mereka dalam hal ini.

Dalam persatuan, kita membincangkan banyak perkara yang berkaitan keselamatan dan kebaikan bersama. Tindakan bersendirian akan membahayakan diri dan orang lain.




..

No comments: