Monday, September 27, 2010

Berkatalah benar sekalipun pahit !!!!

Assalamualaikum wrth wbh.

Ramadhan telah berlalu. Namun segala pengajaran dan latihan di dalamnya tidak dibiarkan begitu saja. Alhamdulillah sahabat baru daripada kuliah perubatan mahupun farmasi telah tiba di bumi Zagazig. Selamat datang dan selamat menempuh kehidupan baru di sini. Kalian perlu belajar perkara asas untuk kehidupan harian dan urusan kuliah nanti.

Perbezaan kuliah mahupun usia tidak menghalang kita untuk menjalinkan persaudaraan. kami dan sahabat di sini berganding bahu membantu urusan saudara.Maaflah jika ada kekurangan. Matlamatnya jelas supaya saudara dapat mempelajari asas kehidupan di sini dan saudara seterusnya dapat berdikari. Ibu bapa di Malaysia akan rasa lega.

Berkatalah benar sekalipun pahit. Maksudnya individu yang berurusan dengan pelajar secara langsung dari Malaysia lagi perlu jujur dan berani untuk berkata benar.Jadilah individu muslim yang benar-benar beriman dan beramal dengan syahadah: Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah Dan Nabi Muhammad S.A.W adalah Pesuruh Allah. Alangkah manis kalau benar-benar kita beriman.

Beriman maknanya meyakini Allah ada. Memerhati kita. Malaikat di kiri kanan mencatat amalan. Berkatalah benar. Tidak rugi untuk berkata benar! Jika anda memesan pelajar demikian-demikian disebabkan takut fikrah komuniti anda terjejas, itu sedikit dapat diterima. Tapi! Kalau fitnah kerana takut periuk nasi anda lingkup, fikirkanlah!

Jangan jadikan mahasiswa baru sebagai barang gadaian . Pihak tertentu tidak berpuas hati dengan pihak persatuan atas penetapan harga rumah dan cara kehidupan terkawal di sini dan membuat tindakan sendiri tanpa melibatkan persatuan. Mahasiswa baru telah diberi peringatan yang tidak tepat terhadap persatuan dan keadaan mahasiswa yang belajar di sini.

Kita hidup di sini dengan harmoni dengan menjaga kepentingan bersama Indonesia Malaysia Thailand. Tapi kamu ingin melangkauinya disebabkan bermasalah dengan persatuan di sini. Kamu yang bermasalah! Jangan libatkan orang lain dalam masalah kamu.Kasihan pelajar baru. Kami hanya menuntut kebersamaan dan kesatuan. Pecah dan perintah bukan pilihan! Itu adalah pilihan kamu!Atau ada kemaslahatan ummah lain yang dibenarkan.

Ya Allah tunjukkanlah kami ke jalan yang benar. Kemusnahan adalah pilihan terakhir seandainya tiada lagi sebarang ubat bagi mengubati penyakit ini. Kebatilan dan kezaliman hanya akan membawa penderitaan dan penyesalan di hadapan Rabb.

No comments: