Thursday, July 15, 2010

Sajak kawan-kawan.




Jauh di rantauan,
Marilah kita berganding tangan,
Ukhuwwah dipereratkan,
Agar mendapat keredhaan-Nya.

Salah dan silap diperbetulkan,
Tegur menegur nasihat menasihati,
Hati terbuka menerima,
Kelemahan dan kelebihan.

Jika ada khilaf rujuklah pada asal,
Rendahkan hati berlapang dada,
Buang ego dan amarah membara,
Menerima kehidupan ini seadanya.

Begitulah adat,
Pabila jauh kita disatukan,
Kehidupan mahasiswa diselaraskan,
Buat persiapan untuk umat ramai.

Di Negara orang,
Menghormati undang-undang,
Dan menjaga keselamatan bersama,
Hidup penuh rasa bahagia,
Ilmu berkat jiwa hebat.

Hidup mulia insan mulia,
Sentiasa bertanya kebenaran berita,
Didengar dari mulut manusia,
Agar tidak menghukum sesuka rasa.

Ukhuwwah diperhebat,
Silaturrahim diperbaiki,
Tidak malu untuk mengaku silap,
Kerana memahami kita adalah manusia.

Memahami bahawa pada suatu masa
Kita akan kembali kepada Ilahi,
Beramal untuk redha-Nya,
Memperbaiki hubungan dengan-Nya,
Dan manusia sesama manusia.

No comments: