Tuesday, May 28, 2013

Sabar itu indah.

Assalamualaikum wrth wbh. Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T yang telah memberikan kita pelbagai nikmat di dunia ini. Tapi jangan lupa nikmat yang ada itu hanyalah sementara. Kita bakal ditanya tentang apa yang kita lakukan, kebaikan mahupun keburukan. Semoga sahabat semua sihat sejahtera. Kita mulakan setiap amalan dengan niat yang soleh. Insya Allah moga berjaya mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini.

Friday, May 17, 2013

Redha

Assalamualaikum wrth wbh. Moga para sahabat sihat sejahtera.Doakan selalu agar Allah Subhanahu Wa Taala meredhai setiap amalan yang kita lakukan. Wassalam.

Friday, March 1, 2013

Akhir Zaman

Assalamualaikum wrth wbh semoga para sahabat sihat. saya masih tercari-cari sepotong hadis berkaitan dengan zaman kehidupan di dunia ini. saya pernah memiliki buku berkaitan, tetapi ianya tidak dijumpai. Namun begitu antara isi kandungan hadis ialah kita memiliki beberapa zaman. Zaman pertama ketika Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam ada. Kemudian zaman para sahabat, zaman khalifah ar Rasyidin. Seterusnya zaman raja-raja. Kita perhatikan bilakah kuasa mutlak Raja-raja diambil. Lihat saja contoh di Turki. Khilafah telah runtuh pada 1924 dan digantikan dengan pemerintahan berparlimen. Seterusnya zaman diktator berlangsung sehingga suatu masa yang Allah takdirkan dan kembali kepada zaman KeNabian seumpama berada di zaman Rasul sebelum Qiamat berlaku. Setiap manusia adalah berdosa. Dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

Saturday, February 23, 2013

Teguran untuk diri

Assalamualaikum warahmatullah. Sehari dua ini, keadaan cuaca agak tidak menentu, terkadang cahaya begitu terik memancar dan terkadang redup diiringi dengan hujan. Namun begitu semuanya sudah tersurat dalam catatan ciptaan Allah. Teguran untuk diri. Jagalah mulut. Jika kerna pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.Kata-kata yang baik akan membawa kebahagiaan. Manakala kata-kata yang buruk akan mengguris perasaan. tiap kata yang terbit dari mulut boleh jadi dikira doa. Jadi keluarkanlah kata-kata yang bermanfaat dari mulut. Sentiasalah bermuhasabah, bertafakur. Adakah mulut yang allah pinjamkan ini telah digunakan semaksimanya untuk mencapai redha Allah atau sekadar mencari asbab untut diseksa di hari pembalasan. Ramai yang sudah sengsara akibat mulut yang berbicara. namun tak kurang juga mencapai bahagia jasa mulut yang berguna. Cadangan: 1. Perbanyakkan kebajikan dengan mulut dan jauhilah mulut dari mengumpat, fitnah, adu domba, dan sebagainya. wassalam.

Friday, February 22, 2013

Assalamualaikum

Assalamualaikum warahmatullah Semoga para sahabat sihat di samping keluarga tercinta. Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas nikmat yang diberikan. Sudah sekian lama saya tidak menulis di laman ini, walaupun banyak isu yang berlaku di sekeliling kita semua. Perbanyakkanlah berdoa kepada Allah Subhanahu wa Taala yang begitu hampir dengan kita dan berselawatlah sentiasa kepada nabi dan Rasul tercinta, Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam, contoh akhlak yang mulia. Pesan kepada diri, perbaiki akhlak, amalan dan sikap. Doa kepada Allah agar diberi petunjuk, hidayah dalam kehidupan, membawa diri dan keluarga ke jalan yang diredhai. Diam bukan bermakna membisu, tetapi biarlah hati dan akal berbicara, bertafakur, merenung hakikat diri dan kembali kepada Allah. Jika kita hebat, siapalah kita. Begitu juga jika kita lemah siapalah kita. Kita hanyalah hamba yang lemah, yang hakikatnya tidak memiliki bahkan dimiliki oleh Allah. wassalam

Monday, August 13, 2012

Islam kan kembali menyinar. Bangkitlah saudara!

Assalamualaikum. Selamat beribadah di bulan Ramadhan. Tinggal beberapa hari lagi kita berada di dalam bulan yang mulia ini. Adakah kita berpeluang untuk bersamanya tahun depan. Dalam beribadah, jangan lupa nasib saudara kita yang berada di Myanmar, Selatan Thailand dan negara-negara lain yang hidup melarat. Ada yang tertindas di bumi sendiri, terancam nyawa. Jangan lupa juga nasib saudara kita yang berada berhampiran mahupun sekeliling kita yang dhaif dan memerlukan. Bantulah seadanya mengikut kemampuan. Insya Allah moga mereka juga terbela. Berdoalah kepada Allah moga kita tetap dalam perjuangan membela agamanya. Amin.

Sunday, February 19, 2012

Nasihat untuk para teman.

assalamualaikum wrth wbh.

semoga para sahabat berada dalam keadaan sihat sejahtera. Marilah kita bersyukur kepada Allah atas segala nikmatnya yang tidak terhingga dan bersabar di atas setiap ujian yang melanda.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada kedua-dua adik kembar saya Ahmad Zhafri dan Ahmad Zhafran setelah selamat bergelar suami. Tahniah kepada zaujah kedua-duanya. Hidup ini akan terus berlalu mengikut edaran waktu yang Allah tulis dalam kitab kehidupan kita.

Kita telah mengharungi alam rahim, berada dalam perut ibu dan saat kini berada di dunia nyata. Beramal untuk menggapai redha Allah, sebelum kita beralih alam seterusnya.

Ternyata kehidupan ini penuh dengan ujian yang memerlukan kesabaran. Sabar itu pahit. Sabar itu manis. Sabarlah dalam setiap amalan. Setiap hari dapatlah petunjuk daripada Allah dengan berdoa. Hanya Allah yang dapat memberikan petunjuk dan hidayah.

Jangan malu untuk belajar dan memahami erti kehidupan. selagi ada rezeki yang Allah beri, selagi itulah kita akan hidup. Moga ruang hidup ini boleh memberi manfaat kepada hamba Allah yang lain.

Tahniah juga kepada Abe Ju yang selamat bertunang. Luruskanlah niat. Moga Allah berkati. Moga kita redha dengan Allah dan Allah redha dengan kita. Teruskan perjuangan!